Mengekalkan rumah tangga tidak semudah mendirikannya. Saban tahun ribuan pasangan yang mengambil keputusan untuk membawa haluan masing-masing. Lantaran ketiadaan persefahaman lagi dalam melayari bahtera perkahwinan. Kenapa ini harus terjadi ? Lumrahnya sebuah perkahwinan tidak lekang daripada diuji dengan pelbagai ujianan. kadang-kadang ujian yang tidak dapat diatasi akan mengakibatkan keretakan rumah tangga.
Untuk itu, seorang isteri perlu mengambil pendekatan terbaik untuk memastikan cinta suami sentiasa mekar untuk diri mereka. Agar cinta yang kian hambar di antara mereka bersemi kembali.
1. MENGUCAPKAN UNGKAPAN CINTA - Tunjukkanlah cinta anda secara lisan atau kata-kata yang manis. Selalulah katakan kepada pasangan anda kata-kata cinta dan sayang. Apabila kita mengucapkan kata-kata yang menunjukkan perhatian dan cinta, bererti memelihara dan menguatkan rasa cinta. Di samping itu, pujilah pasangan anda kerana dengan pujian akan dapat menambah rasa cinta di dalam hati.
2. MENUNJUKAN SIKAP SALING MENCINTAI - Tunjukkanlah tingkah laku yang membuktikan rasa cinta anda. Selalulah bergandingan tangan, membelai dan berpelukan. Bermesra dan bergurau sendalah antara suami isteri. Penting juga bagi suami isteri bersentuh-sentuhan dengan lembut pada tangan pasangannya bagi membuktikan kasih sayang.
3. SEKSUAL / PEMAKAIAN - Lakukanlah hubungan seksual antara suami isteri dengan penuh kasih sayang dan bertanggungjawab serta tidak mementingkan diri. Seks boleh mempereratkan hubungan jiwa. Pakaian juga amat penting, sesuaikan pakaian anda di rumah agar pasangan anda merasakan andalah pasangan yang terbaik di dunia ini.
4. SALING MEMBERIKAN PENGHARGAAN - Berbicaralah tentang perkara-perkara yang disukai, nikmati dan hargai. Berikanlah pujian dan penghargaan apabila pasangan telah melakukan sesuatu yang menyenangkan hati.
5. BERUSAHA MEMBAHAGI RASA DAN MASA - Jika suami atau isteri berada dalam sesuatu situasi, cubalah membahagikan rasa mengikut rasa pasangannya. Jika suami sedang gembira, maka tunjukkan rasa gembira, jika sedang berduka, tunjukan rasa simpati dan sebagainya. Bahagikan masa bercuti hanya berdua sahaja seperti anda berbulan madu dahulu. Ini penting kerana akan merapatkan lagi hubungan suami isteri seperti baru berkahwin.
6. SALING MEMBERIKAN MOTIVASI SECARA EMOSIONAL - Hiburkanlah pasangan anda dan korbankanlah apa saja untuk pasangan anda. Hargailah maruah pasangan dan perhatikan perasaan dan berikan semangat dan dorongan kepadanya.