Thursday, June 28, 2012
DEFINASI CINTA.....
Apakah tangan anda tidak dapat berhenti memegang dan menyentuhnya?
Hal itu bukanlah cinta, tapi berahi
Apakah anda bangga dan selalu ingin mempamerkannya kepada semua orang?
Hal itu bukanlah cinta, tapi anda sedang kesedihan
Apakah anda menginginkannya kerana anda tahu dia akan selalu di samping anda?
Hal itu bukanlah cinta, tapi kesepian
Apakah anda masih bersama dia kerana semua orang menginginkannya?
Hal itu bukanlah cinta, tapi kesetiaan
Apakah anda menerima pernyataan cintanya kerana anda tidak mau menyakiti hatinya?
Hal itu bukanlah cinta, tapi rasa kasihan
Apakah anda bersedia untuk memberikan semua yang anda suka untuk dia?
Hal itu bukanlah cinta, tapi kemurahan hati
Apakah anda cemburu bila dia bicara dengan lelaki atau wanita lain ?
Hal itu bukanlah cinta, tapi takut kehilangan
Apakah anda masih bersamanya kerana campuran dari rasa seri dan kegembiraan yang tidak dapat digambarkan dengan kata-kata?
Itulah cinta
Apakah anda masih menerima kesalahannya kerana hal itu adalah bagian dari kepribadiannya?
Itulah cinta
Apakah anda tertarik pada orang lain, tapi masih bersamanya dengan setia?
Itulah cinta
Apakah anda rela memberikan hati anda, kehidupan anda, dan kematian anda?
Itulah cinta
Apakah anda menangis untuk kepedihannya biarpun dia cukup tegar?
Itulah cinta
Apakah anda ikut terluka bila dia sedang sakit?
Itulah cinta
Apakah anda selalu ingin menyentuhnya, memeluknya kerana anda sayang kepadanya?
Itulah cinta
Apakah matanya melihat hati anda yang sesungguhnya dan menyentuh jiwa anda secara dalam sekali sampai terasa perit?
Itulah cinta
Cinta memang merupakan sesuatu yg ABSTRAK tapi yg terpenting, cintailah dia kerana itu adalah sesuatu yang dianugerahi oleh TUHAN.
Terimalah pasangan anda dengan segala kekurangan dan kelebihannya.
Cinta itu harus saling memberi dan menerima dengan segala keikhlasan hati.