Nuffnang Ads

Monday, June 25, 2012

OKU pun jadi le....


HOT!!! Awie ditangkap kerana merogol OKU..


Seorang wanita terkejut apabila mendapati kakaknya yang seorang kurang upaya (OKU), mengadu sakit perut rupa-rupanya mengandung enam bulan, selepas dipercayai dirogol.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Kamaruddin Mohd Zakaria berkata, wanita berusia 20 tahun itu membawa kakaknya berusia 27 tahun, ke sebuah klinik swasta untuk menjalani pemeriksaan, selepas dia mengadu sakit perut.

Menurut beliau, bagaimanapun pemeriksaan doktor di klinik berkenaan mendapati, kakaknya yang menghadapi masalah mental sebenarnya sakit perut kerana sedang mengandung enam bulan.

“Dalam perjalanan pulang dari klinik, mangsa menceritakan siapa yang telah menyebabkan dia mengandung iaitu seorang lelaki yang dikenali dengan panggilan Awie.

“Mangsa didakwa dirogol oleh suspek di rumah sewa lelaki berkenaan di Kampung Gong Manok, iaitu bersebelahan dengan kampung mangsa dekat Kuala Besut,” katanya.

Kamaruddin berkata, berikutan itu adik mangsa membawa kakaknya membuat laporan polis di Balai Polis Kuala Besut Isnin lalu.

Menurutnya, bagaimanapun mangsa tidak dapat mengingati masa dan tarikh kejadian disebabkan masalah mental yang dihadapinya.

Bertindak atas laporan itu, polis telah menyerbu rumah sewa suspek yang dikatakan masih bujang itu, namun gagal menahan kerana suspek telah berpindah dan usaha mengesan lelaki itu sedang dilakukan.

Kes disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol yang sabit kesalahan boleh dikenakan penjara sehingga 20 tahun dan sebatan.

pasti anda rasa HEBAT