Nuffnang Ads

Tuesday, October 23, 2012

"SAYA FOKUS KEPADA KELUARGA...." DIANA DANIELLE


Diana Danielle Berhenti Berlakon - ROTIKAYA

Tinggal kurang dua minggu sebelum pasangan ini di’satukan & mereka terus menjadi topik perbualan para peminat dan pihak media. Semua’nya gara gara terkejut. Heh.
Diana Danielle & Farid Kamil bakal bernikah pada 3 November ini di Hotel Flamingo, Ampang dan dengarnya pasangan ini sedang sangat sibuk dengan segala persiapan.
Bercakap kepada Harian MetroDiana Danielle mendedahkan yang beliau bakal menceburi bidang perniagaan baru selepas bergelar isteri kepada Farid Kamil kelak.
“Saya dambakan sesuatu yang lebih stabil atau bekerja dari rumah. Dengan cara itu saya dapat fokus pada anak. Sebagai wanita, saya kena fikir perkara ini,” ujar Diana Danielle.
Aktress ini turut menyebut yang beliau kini sudah bosan hidup dalam dunia glamor dan puas meniti kejayaan juga zaman kejatuhan beliau dalam dunia hiburan selama ini.
“Saya mahu jadi orang biasa dan tidak pernah meletakkan diri sebagai selebriti. Lakonan itu kerjaya,” ujar beliau yang akan menjadikan bidang lakonan sebagai karier sambilan.

Sunday, October 21, 2012

Nora Danish takut bila CIUM Adi Putra.. Ye ke???



Nama aktres cantik, Nora Danish pernah dikaitkan dengan keretakan rumah tangga aktor kacak, Adi Putra, Mei lalu. Ternyata, aksi romantis mereka menerusi drama Tentang Dhia yang ditayangkan di saat itu menjadi bahan untuk mereka digosipkan bersama.

Meskipun kedua-duanya menafikan perkara tersebut, namun ia tidak menjadi penghalang untuk mereka terus digandingkan lagi menerusi, Aku Terima Nikahnya, yang baru saja ditayangkan di pawagam pada 11 Oktober lalu.

Memaparkan lebih aksi romantis, pelakon yang terkenal menerusi sitkom Puteri ini bagaimanapun tidak gentar dengan gosip yang bakal mengekorinya. Mengakui ia sebahagian dari rencah bergelar selebriti, Nora mengharapkan agar masyarakat bersikap lebih terbuka menilainya.

Semakin kebal menghadapi gosip dan kontroversi, bekas isteri kepada Jejai ini menegaskan, kemesraan yang terjalin dengan Adi dalam filem itu tidak sesekali dibawa ke luar set penggambaran.

"Jangan sesekali menganggap itu adalah saya dan Adi kerana bagi kami, ia hanyalah Arlisa dan Johan.

"Ini adalah kali pertama saya melakonkan watak romantis serius dan saya harap, tak ada yang cuba membandingkan lakonan saya dengan filem atau drama terdahulu," katanya yang mengakui hampir kesemua babak sangat sukar dijayakan.

Akui Nora, walaupun pernah digandingkan bersama, namun perasaan gementar untuk memenuhi tuntutan watak sebagai isteri Adi Putra, tetap ada.

Menerusi filem terbaru MIG itu, Nora berkata, dia takut dan kekok untuk melakonkan babak romantis bersama Adi Putra.

"Sejujurnya, saya sangat kekok untuk menjayakan babak intim dengan Adi sebab dia sudah berkahwin.

"Dalam filem itu, saya perlu memegang tangan Adi dalam tempoh yang lama. Selain itu, ada juga babak yang memerlukan kami berpeluk dan Adi mencium pipi saya.

"Walaupun kami pernah bekerjasama sebelum ini, tetapi perasaan itu tetap ada sehingga saya sendiri 'takut-takut' untuk memenuhi permintaan pengarah," katanya

APA NAK JADI DENGAN BELIA KINI?


Buat maksiat di hotel bajet


DUNGUN - Keghairahan seorang pelajar kolej untuk pulang bercuti ke kampung bersama teman lelaki bertukar detik hitam apabila dia dicekup pihak berkuasa ketika berada di sebuah bilik di hotel bajet, dekat sini, pagi kelmarin.

Pelajar terbabit, 20, yang sedang menuntut di sebuah kolej swasta di Kota Bharu, Kelantan dikatakan baru menamatkan peperiksaan akhir dan datang ke bandar ini untuk menemui teman lelakinya sebelum bercadang pulang bersama ke kampung halamannya di Temerloh, Pahang.



Bagaimanapun,  pelajar jurusan diploma sains itu tidak terus pulang ke kampung, sebaliknya mengambil kesempatan melepaskan rindu di sebuah bilik hotel yang disewa teman lelakinya, seorang pemandu ekskubator.

Perbuatan tidak bermoral pelajar berasal dari Kampung Ulu Jenut, Kuala Krau, Temerloh itu bagaimanapun menjerat dirinya sendiri setelah bilik penginapannya diserbu pihak Pegawai Penguat kuasa Syariah kira-kira jam 11.30 pagi kelmarin.

Selepas pintu dibuka oleh teman lelakinya, pelajar berkenaan difahamkan hanya bertuala dengan memakai baju sendat ketat tanpa pakaian dalam manakala teman lelakinya, 21 tahun, dalam keadaan separuh bogel.

Siasatan awal mendapati pasangan itu tidak mempunyai hubungan muhrim.

Kesemua seluar, baju dan pakaian dalam milik pasangan terbabit turut dirampas sebagai bahan bukti.

Pasangan itu bakal dihadapkan ke Mahkamah Rendah Syariah 19 November nanti mengikut Seksyen 29(a) (b) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Takzir Negeri Terengganu 2001 atas kesalahan perbuatan sebagai persediaan melakukan persetubuhan luar nikah.

Jika sabit kesalahan, mereka boleh dikenakan denda maksimum RM3,000 atau dua tahun penjara tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya sekali.

Sumber: Sinar Harian

AAKJ.COM: NAUZUBILLAH !! PELITA NASI KANDAR BUKAN RESTORAN M...

AAKJ.COM: NAUZUBILLAH !! PELITA NASI KANDAR BUKAN RESTORAN M...: Ini bukan pasal kami anti orang Hindu atau anti MIC tapi mengenai makanan halal haram orang Islam. Gambar di atas adalah gambar pecah ta...

Saturday, October 20, 2012

pasti anda rasa HEBAT