Nuffnang Ads

ANNIVERSARY KE 13......

Rasa seperti baru semalam aku di ijab dengan DIA....suamiku. Masih teringat zaman kekalutan mencari cinta  dan membina persefahaman berlandaskan kejujuran, berpaksikan kasih sayang, disulami rajuk dan tangis....aku meneruskan jua berdasarkan SABAR setinggi gunung,

INI JODOH KU....aku terima lafaz takliknya....Dengan iringan RESTU ayah dan ibu tersayang....DAN dengan izin allah...aku menjadi suri hidupnya pada 2 September 2009.

Kini 2 September 2012, genap 13tahun kami bersama. Dia masih panggil aku Yang....kalau dulu dia selalu tersentap dan merajuk. kini semakin jarang....mungkin dia tahu, aku tidak akan pujuk...sebab dah lali.

Tapi aku terasa semakin lama kami bersama, rasa semakin bahagia. Mungkin kerana persefahaman yang dibina bersama doa dan kesabaran semakin utuh..

Kami di kurniakan 2 orang puteri yang comel. Aku gembira menjadi isteri kepada suamiku, menjadi mama kepada anak-anakku.

Semoga mahligai kami sentiasa di berkati dan di rahmati allah. AMINNN.....


pasti anda rasa HEBAT