Nuffnang Ads

Friday, June 29, 2012

Kat masjid pun tak selamat dah..


Pelakon wanita popular kena rompak di Masjid...

Pelakon popular, Kartina Aziz kerugian RM10,000 termasuk wang RM4,000 apabila kereta Toyota Camry miliknya yang diletak di kawasan parkir Masjid Geliga, Kemaman, di sini, dipecahkan pencuri, Isnin lalu.

Pelakon berusia 57 tahun dari Jalan Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur itu datang ke Kemaman untuk menjalani penggambaran filem sebelum singgah di Masjid Geliga untuk menunaikan solat Zuhur, pada jam 1.30 tengah hari.

Mangsa meninggalkan beg tangan mengandungi wang RM4,000, pelbagai perhiasan, iPad, cermin mata berjenama serta dokumen peribadi di tempat duduk pemandu sebelum bergegas ke masjid.

Menurut sumber, selepas bersolat, Kartina terkejut ketika membuka pintu kereta apabila mendapati pintu di bahagian pemandu terkopak akibat diumpil manakala cermin pada bahagian atas pintu pemandu dipecahkan.

“Mangsa mendapati beg tangan ditinggalkan di atas kerusi pemandu lesap sebelum bergegas membuat laporan di Balai Polis Chukai pada jam 2.30 petang hari sama,” katanya.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Che Suza Che Hitam ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kes itu yang disiasat mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan kerana mencuri.



p/s: Kat masjid pun dah tak selamat la ni... Dulu setakat curi selipar dan topi keledar je.., sekarang ni dah berani pecah kereta pulak.. 

pasti anda rasa HEBAT