Bahana berpakwekan lelaki Nigeria..
Hanya kerana silap memasukkan kad mesin juruwang automatik (ATM) sehingga kad itu disekat, seorang wanita mendakwa diseksa teman lelakinya yang berasal dari Nigeria selama lebih 24 jam di sebuah kondominium di USJ 1, di sini.
Dalam kejadian kira-kira jam 7 malam Isnin lalu, mangsa yang juga pelajar kolej swasta berusia 25 tahun mendakwa kepalanya dihantuk ke dinding, badannya dihempas ke sinki dan mukanya dicucuh dengan rokok oleh teman lelakinya yang berusia 26 tahun.
Sumber berkata, kejadian berlaku sejurus mangsa pulang dari tempat kerja sambilannya apabila dia tiba-tiba diserang suspek yang menunggunya di dalam rumah.
Menurutnya, pada mulanya mangsa dipukul menggunakan botol plastik sebelum kepala wanita malang itu dihantuk ke dinding beberapa kali.
“Selepas puas menghantukkan kepala mangsa, suspek kemudian mengangkat wanita terbabit sebelum menghempasnya ke atas sinki bilik air dan perbuatan kejam itu berterusan sehingga kira-kira tiga jam.