Nuffnang Ads

Monday, July 30, 2012

TERBARU! ISU BESAR YANG MENGEMPARKAN SELURUH UMAT ISLAM MALAYSIA!

Bulan Ramadhan ini kita dikejutkan dengan prinsip terakhir yang disenaraikan oleh Persekutuan Kristian Malaysia. Prinsip ke lapan ini menuntut agar :


Selama ini kita tidak mempunyai masaalah sesama penganut agama Islam dan Kristian di negara. Kita bertolak-ansur berpandukan perlembagaan negara yang selama ini berjaya mengekang pergeseran melampau sesama rakyat Malaysia.

Kita juga bukan anti kepada mana-mana agama di negara ini kerana kita telah dididik untuk menghormati sesama kita tanpa prejudis dan buruk sangka. MiM sendiri mempunyai rakan rapat dari pelbagai agama dan bangsa tanpa rasa syak wasangka dan sebagainya.

Akan tetapi, tuntutan Pesekutuan Kristian Malaysia itu didakwa sebagai tidak mencerminkan perlembagaan negara Malaysia. 

Kenyataan di atas sudah pasti mendatangkan risau kepada seluruh rakyat Malaysia, tak kira bangsa dan agama. 

Umat islam di negara ini tak kira ideologi politik perlu bangkit dan mempertahankan hak yang sudah dimeterai dalam perlembagaan.

Isu besar ini bukan peluang untuk mendapatkan sedikit sokongan daripada yang menuntut tetapi ianya ibarat menconteng muka setiap orang Islam di negara ini.

Dalam masa yang sama, kenyataan ini pasti mendatangkan gundah rakyat bukan Islam di negara ini yang selama ini selesa dengan keamanan dan kesejahteraan tanpa konflik buruk.

MiM berharap agar pihak-pihak atasan dan yang bertanggungjawab supaya menyiasat serta melakukan sesuatu tentang perkara ini.

Jangan biarkan perkara ini dipanjangkan lagi.

pasti anda rasa HEBAT