Nuffnang Ads

Thursday, July 12, 2012

APA NAK JADI..


Suami mengaku tendang isteri

KOTA BHARU 8 Julai - Disebabkan tertekan dengan hutang terlalu banyak, seorang lelaki hilang pertimbangan sehingga sanggup menendang belakang isterinya sehingga cedera.
Hamid Hamad, 45, mengaku menendang, Rohana Mohd. Zin, 40, akibat tekanan perasaan ketika dihadapkan di hadapan Majistret Mohd. Asri Abd. Rahman Sidik di Mahkamah Majistret di sini hari ini.
Tertuduh didakwa melakukan kesalahan tersebut pada pukul 7.30 malam di sebuah rumah tanpa nombor di Kampung Lata Janggut, Batu Melintang, Jeli di sini pada 8 April lalu.
Atas kesalahan tersebut, Hamid yang juga seorang peniaga didakwa mengikut Seksyen 334 Kanun Keseksaan kerana sengaja menyebabkan kecederaan.
Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dipenjarakan maksimum 12 bulan atau denda tidak melebihi RM2,000 atau kedua-duanya sekali.
Dalam prosiding hari ini, pendakwaan dijalan Pegawai Pendakwa, Inspektor Adilla Othman dari Ibu Pejabat Polis Daerah Jeli manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Mohd. Asri kemudiannya menetapkan 12 Ogos depan untuk pembentangan fakta kes sebelum menjatuhkan hukuman.

pasti anda rasa HEBAT