Nuffnang Ads

Saturday, July 14, 2012

Pengedar campak heroin dalam mangkuk tandas


KUALA LIPIS: Sejurus mencampakkan enam peket dadah dipercayai heroin dan syabu ke dalam mangkuk tandas, seorang pengedar nekad bergelut dengan anggota polis dalam usahanya untuk mengelak ditahan apabila rumahnya di Felda Sungai Koyan, dekat sini, diserbu Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD), jam 11.30 malam kelmarin.
Lelaki berusia 21 tahun itu bertindak sedemikian selepas tiada pilihan sebaik melihat kehadiran sepasukan anggota polis di ruang tamu rumahnya.

Sebelum itu, polis yang menerima maklumat kegiatan haram pengedar terbabit mengepung dan membuat intipan di rumah suspek.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik negeri, Superintendan Yap Thoon Khuan berkata, sebaik menyedari kehadiran polis, pengedar terbabit berlari menuju bilik air bersama satu beg kecil. Katanya, bagaimanapun, selepas beberapa minit, pengedar terbabit diberkas sebelum polis mengambil beg yang dicampakkan dalam mangkuk tandas untuk pemeriksaan.

“Hasil pemeriksaan, polis menemui empat peket heroin seberat 26.80 gram bersama dua peket syabu seberat 2.54 gram dan nilai kedua-dua bahan terlarang itu dianggarkan RM2,000,” katanya di sini, semalam.

Menurutnya, ujian air kencing terhadap pengedar terbabit mendapati dia positif Methamphithamine dan kini direman di lokap Balai Polis Kuala Lipis selama tujuh hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya Pindaan 1952.

pasti anda rasa HEBAT