Nuffnang Ads

Monday, July 2, 2012

Apa Komen Anda???


‘Jutawan’ dinar Iraq

Oleh Asmah Rusman dan Siti Nor Hidayatidayu Razali
am@hmetro.com.my
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel
KUALA LUMPUR: Bermodalkan pelaburan awal sebanyak RM3,200 untuk memperoleh sejuta dinar Iraq iaitu mata wang baharu Iraq, pelabur mampu mendapat RM1 juta sebaik nilai mata wang itu dijangka diapungkan (RV) hujung tahun ini.
Inilah trend terbaru penjual mata wang dinar Iraq bagi menarik pelabur membeli mata wang berkenaan yang dikatakan memberi keuntungan dalam sekelip mata.

Wang berkenaan kini tiada nilai kerana baharu dicetak bagi menggantikan mata wang lama. Penjual mata wang itu turut mendakwa mereka memperoleh wang berkenaan dari Jordan yang dibawa masuk melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan diluluskan pihak berkuasa Malaysia.
Difahamkan, pelabur yang menyimpan, membeli atau menjual ketika RV diumumkan, nilai mata wang Dinar Iraq yang pada asalnya tidak bernilai akan bertukar menjadi mata wang utama dunia, sekali gus menjadikan pemiliknya bergelar jutawan segera.

Menurut penjual dinar Iraq yang dikenali sebagai Norman, 23, pelabur tidak perlu bimbang atau takut membeli dan memiliki mata wang berkenaan kerana ia dijangka menjadi lebih bernilai daripada mata wang Kuwait yang kini menduduki tangga teratas sebagai mata wang paling mahal di dunia.

Katanya, pelaburan itu disifatkan sama seperti pelaburan yang dibuat pemilik dinar Kuwait ketika negara itu berdepan dengan krisis ekonomi akibat ditakluk Iraq sekitar 1990-an.
“Ketika itu mata wang Kuwait bukan saja jatuh merudum, malah ia menjadi tidak bernilai namun, sebaik saja negara itu bebas nilainya mendadak hingga tiga kali ganda daripada nilai asal.

“Ini jelas membuktikan, mata wang dinar Iraq juga berpotensi untuk menjadi seperti dinar Kuwait yang boleh memberi keuntungan berlipat kali ganda,” katanya ketika ditemui di sini.
Katanya, ada segelintir penjual yang turut mendakwa dinar Iraq juga dibeli Bank Negara Malaysia (BNM) sebagai persediaan menjelang RV akhir tahun ini.

“Saya diberitahu sebuah bank di negara ini juga dilantik khas membeli dinar Iraq. “Disebabkan faktor ini, ramai rakyat negara ini semakin yakin untuk melabur sehingga ada segelintir sanggup melabur ratusan ribu ringgit,” katanya yang sudah menjual 10 juta dinar Iraq. Difahamkan, setakat ini, pemilik dan pembeli dinar Iraq bukan saja terdiri daripada suri rumah, peniaga kecil dan kakitangan kerajaan, malah ia turut menjadi rebutan golongan pelajar institut pengajian tinggi dan golongan VIP.

Norman berkata, sebaik mengiklankan ke laman sosial facebook, ada pelanggan dari luar negara seperti Australia dan Singapura yang menghubunginya untuk membeli mata wang itu.

pasti anda rasa HEBAT