KUALA TERENGGANU: Polis menahan seorang remaja lelaki untuk membantu siasatan kes pelajar perempuan berumur 16 tahun yang menyembunyikan anak yang baru dilahirkannya di dalam beg galas, Selasa lalu.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, ACP K Manoharan, berkata suspek berumur 19 tahun itu ditahan di rumahnya di Kampung Cherang Guling, Marang kira-kira pukul 4 pagi ini. Katanya, tangkapan dibuat berdasarkan maklumat yang diberi pelajar perempuan Tingkatan Empat sebuah sekolah menengah di sini.
"Kita terus menahan suspek sebaik maklumat diperoleh. Suspek kini direman sehingga 13 Julai ini untuk membantu siasatan berhubung kes kematian bayi itu," katanya kepada pemberita, di sini hari ini.
Manoharan berkata, siasatan awal mendapati remaja lelaki itu dan pelajar perempuan berkenaan bukan pasangan kekasih namun kedua-duanya dipercayai mengadakan hubungan seks sebanyak dua kali tahun lalu.
Katanya, siasatan turut dilakukan sama ada remaja lelaki itu pernah terbabit dalam kes jenayah lain.
BERNAMA sebelum ini melaporkan tindakan seorang pelajar perempuan yang mengadu sakit perut, mendapatkan rawatan di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini, akhirnya mengaku baru melahirkan anak dan menyembunyikan bayi itu di dalam sebuah beg galas.
Beg galas yang mengandungi bayi perempuan yang dilahirkan pada pukul 1 pagi Selasa itu kemudian diberi kepada rakan perempuannya tanpa memberitahu isi kandungannya.
Mayat bayi perempuan yang cukup sifat itu kemudiannya ditemui di dalam beg galas itu apabila doktor yang merawat pelajar terbabit menghubungi rakan pelajar itu dan memintanya membawakan beg berkenaan jam 6 petang hari yang sama. - BERNAMA