Rita - Dedah Gaji Aidil Zafuan 50k, Tapi Bayar Nafkah Anak Berkira!
Pelakon Sehangat Asmara, Rita Rudaini mendedahkan kepada pihak mahkamah bahawa suaminya, Aidil Zafuan Abd Razak tidak memberikan nafkah mencukupi kepada dirinya dan dua anak lelaki mereka walaupun berpendapatan lebih RM50,000 sebulan.
Menurut Rita, suaminya itu mampu memberikan nafkah kepadanya kerana mempunyai gaji yang agak lumayan setiap bulan.
“Dia(Aidil) berpendapatan melebihi RM50,000 sebulan berdasarkan kontraknya sebagai pemain bola sepak di Johor Darul Takzim. Malahan dia juga mempunyai kereta Mercedes Benz CLS dan sebuah superbike. Bukankah itu menunjukkan kemewahan hidupnya,” katanya.
Pelakon itu menuntut RM5,392 sebulan untuk nafkah dua anak merangkumi perbelanjaan makan minum, pengasuh dan lampin pakai buang manakala untuk dirinya sendiri, dia menuntut RM7,400 sebulan termasuk perbelanjaan diri, bil dan rumah.
Jelasnya lagi, Aidil hanya akan mengirimkan wang sekali sekala dan kebiasaannya wang tersebut akan dikirimkan apabila menghampiri waktu perbicaraan mahkamah antara mereka berdua.
Share this post :