♥ Hari ini sebelum kita mengatakan kata-kata yang tidak baik,
- Fikirkan tentang seseorang yang tidak dapat berkata-kata sama sekali.
♥ Sebelum kita mengeluh tentang rasa dari makanan,
- Fikirkan tentang seseorang yang tidak punya apapun untuk dimakan.
♥ Sebelum anda mengeluh tidak punya apa-apa,
- Fikirkan tentang seseorang yang meminta-minta dijalanan.
♥ Sebelum kita mengeluh bahawa kita buruk,
- Fikirkan tentang seseorang yang berada pada keadaan yang terburuk di dalam hidupnya.
♥ Sebelum mengeluh tentang suami atau isteri anda,
- Fikirkan tentang seseorang yang memohon kepada Allah untuk diberikan teman hidup.
♥ Hari ini sebelum kita mengeluh tentang hidup,
- Fikirkan tentang seseorang yang meninggal terlalu cepat.
♥ Dan di saat kita letih dan mengeluh tentang pekerjaan,
- Fikirkan tentang pengangguran, orang-orang cacat yang berharap mereka mempunyai pekerjaan seperti kita.
♥ Dan ketika kita sedang bersedih dan hidup dalam kesusahan,
- Tersenyum dan berterima kasihlah kepada Allah bahawa kita masih hidup....
Showing posts with label kehidupan. Show all posts
Showing posts with label kehidupan. Show all posts
Monday, July 2, 2012
Monday, June 25, 2012
Kenapa Begini??
Ajaran Sesat : Ukur DOSA guna Lilin..
Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) kini memantau penyebaran satu ajaran sesat yang dipercayai mengenakan bayaran kepada para pengikut untuk mengukur tahap keimanan masing-masing serta menghapuskan dosa dengan sekadar membakar lilin.
Ajaran sesat ini yang dipanggil Ajaran Ibu Puteri dipercayai didalangi oleh seorang individu bergelar Datuk sejak tahun 2007.
Lelaki itu bagaimanapun telah meninggal dunia tahun lalu, namun ajarannya terus berkembang.
Pihak berkuasa setakat ini mengesan kewujudan ajaran tersebut di beberapa kawasan sekitar Lembah Klang seperti Shah Alam, Puchong dan Petaling Jaya.
Apa yang mengejutkan, ajaran sesat ini turut disertai imam, jemaah haji dan umrah.
Seorang bekas pengikut ajaran itu yang dikenali sebagai Pak Ungku, 50, menceritakan, mereka kebiasaannya membakar lilin di dalam pinggan berisi air.
Katanya, jika kesan cairan lilin itu banyak, maka individu tersebut didakwa mempunyai banyak dosa.
Seterusnya, nama individu itu akan dimasukkan dalam satu senarai untuk upacara berasingan bagi menghapuskan dosa dan sesi pengampunan yang dilakukan oleh pengikut kanan ajaran berkenaan.

Sunday, June 24, 2012
tegarnya seorang ayah....
GADIS INGIN MENJADI ARTIS ... AYAH TAWARKAN KERJA GRO ( Eksklusif )
"Assalamualaikum bang!," ucapnya.
Saya membalas salam gadis manis, memakai baju berwarha hitam bersama seluar separas betis. Ketika itu saya dan Penerbit 999, Harris Farouk Alex sedang berjalan perlahan menuju ke gerai menjual masakan Thailand, berhampiran Balai Polis Chow Kit, Kuala Lumpur.
"Jom minum," pelawa saya.
Dia mengikut kami ke gerai berhampiran. Sebaik duduk, gadis berasal dari Rawang, Selangor itu memperkenalkan dirinya sebagai 'Bela', berusia 21 tahun.
Saya mempelawa Bela menjamu selera namun dia cuma memesan ais kosong. Perut sebu, itu alasan diberikan.
Bela mendakwa dihalau oleh ibunya dari rumah sekitar Disember 2011 dan kemudian dimasukkan ke Pusat Pemulihan Akhlak selama 6 bulan.
Tambah gadis itu, bayi lelaki dilahirkannya, kini berusia setahun setengah, di bawah jagaan keluarga angkat di Klang, Selangor.
Manakala bekas teman lelakinya berusia 30 tahun, penagih dadah tegar, meninggalkan Bela sebaik mengetahui dia mengandung.
Kata Bela, dia meninggalkan Pusat Pemulihan Akhlak pada bulan Mei lalu.
Harris kemudian mengemukakan soalan berikut dan dijawab petah oleh Bela.
Anak ke lapan daripada dua belas adik beradik itu mengaku menjadi penagih gam sejak hampir 6 tahun lalu.
Teman lelaki terkini Bela berbangsa Iban, berasal dari Sarawak, 23 tahun, insan berjaya mendesak Bela membebaskan dirinya dari dibelenggu gam.
Bela mengaku menjadi play girl sejak menuntut di sekolah rendah lagi. Berbekalkan wajah manis dan kepetahan berkata-kata, saya mempercayai kenyataan gadis itu.
Dengarkan luahan Bela berhubung cita-citanya.
Lazimnya, sebilangan gadis dihalau keluarga dari rumah dan berasa tertekan, memilih jalan mudah untuk mencari wang sekaligus meneruskan kehidupan.
Bela tidak begitu.
Ayah dan ibu Bela tinggal di lokasi berasingan sejak 10 tahun lalu.
Saya amat berharap Bela mampu meneruskan kehidupannya secara lebih sempurna di masa akan datang.
copy dr blog mazidul akmal sidik
Subscribe to:
Posts (Atom)