MERDEKA YANG HILANG
Merdeka yang hilang tinggal bayang
Belenggu dek hutang Belenggu dek matawang
Merdeka yang hilang tinggal bayang
Belenggu dek media reka Ditelan terus tanpa tanya
Dan dalam leka itu… 54 tahun telah berlalu…
Dan kita MENJERIT ... Ini negeri kita Tanah tumpah darah kita
Dan MEREKA berbisik ... Ini negeri gua Tanah tumpah darah gua
Akhirnya kita terjerat semula Dibelenggu dan dijajah semua
Dari seluruh pelusuk alam
Dari luar dari dalam
Tanpa sedar ... Tanpa isytihar ...
Wai J
Johor Baru
copy dr Kacamata Melayu.
Terkadang kita hanya perlu DIAM dalam memberi komen
Terkadang kita hanya perlu DIAM dalam menegur
Terkadang kita hanya perlu DIAM dalam memberi nasihatTerkadang kita hanya perlu DIAM dalam memprotes
Terkadang kita hanya perlu DIAM dalam persetujuan
TAPI
Biarlah DIAM kita mereka faham ertinya
Biarlah DIAM kita mereka terkesan maknanya
Biarlah DIAM kita mereka maklum maksudnya
Biarlah DIAM kita mereka terima tujuanya
KERANA
DIAM kita mungkin disalah tafsir
DIAM kita mungkin mengundang syak wasangka
DIAM kita mungkin disilap terjemah
DIAM kita mungkin tidak membawa apa-apa maksud
JUSTERU itu
Jika kita merasakan DIAM itu terbaik, seharusnya kita DIAM Namun seandainya DIAM kita bukanlah sesuatu yang bijak maka berkatalah sehingga mereka DIAM
~ Usah terlalu membenci akan satu wajah, kerana rindu pasti bertandang...
~ Jangan merindu pada kenangan , kerana pasti mengalir airmata kesedihan...
~ Jangan di kenang kenangan cinta lalu, kerana akhirnya ada kecewa yang hadir...
~ Pujuk hati ini supaya jangan berharap lagi pada sesuatu yang belum pasti.....