Nuffnang Ads

Showing posts with label RESEPI. Show all posts
Showing posts with label RESEPI. Show all posts

Sunday, June 24, 2012

kuih


Kuih Bingka Kemboja


Bahan-bahannya:

1 cawan tepung gandum
1 cawan telor - dalam 4 biji
1 tin santan
1 cawan jus pandan
3/4 cawan gula
1/2 camt garam
Sedikit pewarna hijau
Sedikit bijan - disangai terlebih dahulu tanpa minyak
Sedikit margerin/minyak

Cara membuatnya:

1. Panaskan Oven 150 darjah.
2. Blend semua bahan di atas sampai sebati.
3. Panaskan acuan kuih bakar di atas dapur. Lenserkan acuan dengan margerin/minyak.
4. Masukkan adunan ke dalam acuan dan tutup. Biarkan selama 5-8 minit. Kemudian taburkan bijan.
5. Kemudian masukkan acuan tadi ke dalam oven dan bakar hingga kekuningan.
6. Sedia untuk dihidangkan
...

KUIH TALAM




Kuih Talam Gula Merah

Bahan2nya (as guna loyang 8 x 8)


BAHAGIAN BAWAH
1 1/2 cawan tepung gandum
1 1/2 cawan air gula merah ( 1 1/2 cwn gula merah+1/2 cawan gula pasir+1cawan air) dimasak, sejukkan
2 cawan santan cair


BAHAGIAN ATAS
1/2 cwn tepung beras
3 cawan santan
4sdb tepung jagung
1sdk garam
campur smua bahan dan panaskan sebentar seniasa digaul sekadar panaskan saja,jgn sampai bergentel.

cara2
sapu sedikit minyak keatas loyang, masukkan bahan A, kukus 10-15 min, gunakan garfu lorekkan atas permukaan lapisan gula merah,kemudian tuangkan bahan yg atas tadi pula. Kukus hingga masak.
Untuk menghasilkan permukaan yg cantik dan rata, penutup kukusan dibungkus dengan kain. Setelah betul2 sejuk baru boleh dipotong.

 tqvm kpd yang empunya resepi: teratak nurkasih.

FETTUCCINE PASTA


Creamy Meatball Fettuccine


Creamy Meatball Fettuccine



My Style My Way


Bahan bahannya

1/2 packet fettuccine
5 biji bawang putih ( tumbuk kasar )
Olive oil ( kalau takde minyak masak pun boleh )
Secubit dry oregano & thymes
Secubit mixed herbs
1/2 kotak kecil whipping cream
1/2 cwn kecil full cream milk
Meatball secukupnya
2 batang cili padi atau cili kering yg telah digunting - hiris ( optional dan jika ingin pedas )
Button Mushroom ( suka hati nak letak berapa banyak lah )
1 pkt mushroom sup segera
( campurkan air panas utk dijadikan sup 1/2 cawan )
Parmesan Cheese

Caranya

Didihkan air utk merebus fettuccine
Titiskan sedikit oilve oil didalam rebusan
( supaya tak akan melekat nanti )
Rebus sehingga masak
Panaskan minyak ( jgn terlalu panas ) masukkan bawang putih dan tumis sebentar
Masukkan cili padi yang telah dihiris
Masukkan meatball gaul sebentar
Masukkan button mushroom ( dan juga benda lain jika suka )
Tuangkan sup cendawan kemudian masukkan fettuccine gaul rata
Masukkan whipping cream, susu fullcream dan gaul lagi.
Biarkan ia berkuah sedikit 
Letakkan sedikit garam, dry thyme & oregano serta mixed herbs
Sedia untuk dihidang
** Parutkan keju parmesan diatas spaghetti ini 

Picture thanx to Suriati Razaai'

macaroni bakar bercheese


Bahan-Bahan:

475 ml susu segar
1 helai daun bay
secubit serbuk buah pala
50 g mentega
40 g tepung
175 g cheese Parmesan atau Cheddar (atau campuran kedua-dua) - (grated)
40 g serbuk roti
450 g macaroni (atau pasta yang pendek)
secubit garam
sedikit serbuk lada hitam

Cara:
Untuk membuat "bechamel sauce" :

Panaskan susu dan daun bay di dalam periuk kecil dengan api perlahan. Awas, jangan biarkan ia mendidih. Ketepikan.

Cairkan mentega di dalam periuk. Masukkan tepung, sebatikan. Masak selama 2-3 minit. Hati-hati agar tidak hangit. Tapiskan campuran susu tadi dan masukkan ke dalam adunan tepung tadi. Sebatikan dan gaulkan perlahan. Masak sehingga mendidih, kacau selalu. Masak selama selama 4-5 minit. Masukkan sedikit garam dan lada hitam dan serbuk buah pala. Padamkan api dan masukkan 30 ml cheese dan kacau hingga cheese cair dan sebati.

Panaskan oven 200 darjah C (400 darjah F). Sapukan sedikit mentega pada bekas casserole (oven proof) dan taburkan sedikit serbuk roti.

Sambil itu, rebus pasta dengan air yang dimasukkan sedikit minyak dan garam (atau salted butter) sehingga 3/4 masak atau "al dente". (Tip : kurang sedikit daripada masa yang dianjurkan di paket).

Buang air rebusan pasta dengan penapis. Masukkan ke dalam "sos bechamel" tadi, gaul rata. Masukkan ke dalam bekas casserole. Taburkan serbuk roti dan baki cheese tadi. Bakar selama 20 minit sehingga kekuningan dan cheese membuak.

sedapnya...







Macaroni Goreng

Macaroni Goreng 


Bahan utk dikisar

1 biji bawang besar
2 biji bawang putih
15 tangkai cili kering ( lebih jika ingin pedas )

Bahan bahan lain

1/2 packet kecil macaroni ( lebih jika mahu )
3 sudu besar cili sauce
1/2 mangkuk kecil daging
2 sudu besar kicap manis ( jika suka )
2 sudu besar sos tiram
Sayur sawi
Taugeh
Carrot - hiris halus
Fishcake
Udang
Telur Dadar
Daun Ketumbar - potong kasar ( sy takde so tak letak )
Garam & Perasa

Caranya

Rebus macaroni sehingga empuk kemudian toskan airnya
Kisar bahan sehingga halus
Panaskan minyak dan tumis bahan kisar dan daging sehingga garing
Masukkan ayam ( jika suka ) fishcake, udang dan gaul rata
Masukkan sos cili, kicap manis, sos tiram. garam dan perasa
Masukkan macaroni, carrot, sawi dan taugeh gaul rata
Akhir sekali masukkan daun ketumbar
Hiaskan bersama telur dadar, sedia dihidang



tqvm kpd empunya resepi'momotemuk'

Saturday, June 23, 2012

ALMOND LONDON



Bahan-bahannya:
3 cawan tepung gandum.
1/2 cawan tepung jagung.
1/2 cawan tepung naik sendiri.
1 biji telur.
250 gm butter.
3/4 cawan gula halus.
1 tsp esen vanilla.

Badam biji  secukupnya-panggang
Badam untuk tabur secukupnya-panggang
250 gm coklat masakan-cairkan.

Cara-caranya:
 Pukul butter dan gula hingga kembang.
Masukkan esen vanila dan telur.Pukul lagi hingga sekata.
Kemudian masukkan tepung gandum,tepung jagung dan tepung naik sendiri(ayak).Uli hingga rata.
Ambilkan sebiji badam dan balutkan dengan adunan tadi  dan bentukkan bujur.
Buatlah sampai  habis dan bakar hingga masak.Sejukkan.
Celupkan dengan coklat cair dan masukkan kedalam mangkuk kertas yang sesuai.Taburkan dengan badam.
.Bila coklat telah beku simpan dalam bekas yang kedap udara.

CUCUR UDANG




BAHAN-BAHANNYA :-) 


2 cawan tepung gandum 
1/2 camca besar instant yeast (mauripan) 
1 3/4 cawan air (yang ni kurang lebih, tapi mat sukat dekat2 2 cawan air dia) 
1 mangkuk hirisan halus kobis bulat (mangkuk sup kecil) 
5 pokok kuchai, cuci dan kerat2 
1 biji bawang besar, hiris 
1/3 camca teh serbuk kunyit 
1 camca teh garam 
20 ekor udang sederhana besar, cuci bersih, tos dan lap kering2 dengan paper towel 

BAHAN SOS LADA :-) 
6 biji cili merah 
1/3 cawan gula pasir 
1/4 cawan cuka 
3 ulas bawang putih 
1/4 camca teh garam 

CARA MEMBUATNYA :-) 

  1. Dalam satu bekas, masukkan tepung, serbuk kunyit, instant yeast, garam dan kacau rata. Tuang air sedikit demi sedikit sehingga mendapat adunan yang tidak terlalu cair atau pekat (sukatan kurang lebih 1 3/4 cawan atau lebih sikiiiitttt). Masukkan hirisan kobis, kuchai dan bawang besar, gaul rata dan perap 30 minit.
  2. UNTUK SOS LADA :- Kisar cili dan bawang putih hingga halus, tuang dalam periuk. Masukkan gula dan garam. Masak dengan api perlahan hingga pekat. Tuang cuka, kacau dan masak lagi hingga berada pada konsistensi sederhana pekat. Sejukkan
  3. UNTUK CUCUR UDANG TEMBAM :- Panas kan minyak untuk goreng terendam. Panaskan senduk mungkun bersaiz sederhana selama 1 minit dalam minyak panas. Sendukkan bancuhan cucur udang tadi ke dalam senduk panas 3/4 penuh, lingkarkan dengan seekor udang dan rendam dalam minyak panas. Biar mengeras sedikit dan tanggalkan dari senduk (gunakan sudip tajam untuk menanggalkan cucur udang tadi). Ulangi proses membuat sehingga selesai. Goreng hingga kuning keemasan. Angkat cucur udang yang telah masak, toskan dan letak atas paper towel. Boleh hidangkan bersama sos lada tadi...Selamat mencuba!..

PUDING BATIK MARIE






Ingredients:-

300g marie biscuits cut to quartered-(300g biskut marie-dipatahkan 4)
1/2 cup condensed milk-(1/2 cawan susu pekat)
2 cups milo-(2 cawan milo)
3 tbsp cocoa powder-(3 sudu besar serbuk koko)
1 cup nestum-for baby-(1 cawan bijiran nestum untuk baby)
1 cup butter-(1 cawan butter)
3 eggs-(3 biji telur)
1 tsp vanilla essence-(1 sudu kecil vanilla essence)

Method:-

Lighly beaten eggs and combine all the ingredients except, bicuits and put to boil on a medium heat. When butter has melt and mixture thickens, add in biscuits. Mix well. Pour mixture into a tray which has been placed with plastic wrap as the base and press till compact. When all has been pressed, put in the fridge, serve when its already set, or cold. -( Pukul telur sedikit dan campurkan semua bahan2 melainkan biskut. Masak diatas api yang sederhana. Bila mentega sudah cair, dan adunan agak memekat, masukkan biskut dan gaul rata. Tuang adunan kedalam loyang yang telah di alas dengan plastic(untuk memudahkan memotong) dan tekan2kan hingga padat. Bila semua dah selesai, masukkan kedalam fridge dan biarkan hingga sejuk dan menggeras.)

resepi ' KUIH CARA BERLAUK'





BAHAN UNTUK INTI :-)
100 gram daging ayam, cincang halus
1/2 biji bawang besar, cincang halus
2 ulas bawang putih, cincang halus
2 hirisan halia, cincang halus
3/4 camca besar rempah kari daging (Baba's)
1 camca besar sos tomato
1camca teh cili kisar
Garam dan gula secukup rasa
1/3 cawan air
1 biji cili merah, buang biji, dadu kecil2
Hirisan daun bawang secukupnya

BAHAN KUIH CARA :-)
75 gram tepung gandum
1 biji telur gred A
165 ml santan
2 camca besar mentega cair
Secubit garam
1 - 2 titik pewarna makanan kuning

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. UNTUK INTI :- Panaskan sedikit minyak dalam kuali (mat guna non-stick pan), tumis bawang besar, bawang putih, halia dan cili kisar hingga harum, masukkan sos tomato dan rempah kari, kacau rata dan masak hingga rempah garing. Masuk daging ayam cincang dan kacau rata. Tuang air dan biar hingga kering. Tambah garam secukup rasa dan secubit gula. Akhir sekali masukkan sebahagian cili merah yang didadu dan juga sebahagian hirisan daun bawang. Gaul rata, rasa dan jika ok, matikan api. Sejukkan..
  2. UNTUK ADUNAN KUIH CARA :- Satukan semua bahan2 untuk kuih cara, kacau rata dengan whisk hingga tidak berbintil2. Kemudian tapis dan rehatkan sebentar. Boleh juga dimasukkan ke dalam alat pengisar makanan, dan kisar hingga halus. Ketepikan.
  3. UNTUK KUIH CARA BERLAUK :- Panaskan acuan kuih boulu bunga ceremai atas dapur gas, gunakan api paling kecil. Sapu setiap cetak dengan sedikit minyak makan (mat guna daun pandan yang dipotong pendek, ikat dan carik2kan bahagian hujungnya). Masukkan adunan kuih cara dalam bekas bermuncung (guna jug plastik pun ok), tuang 3/4 penuh seperti dalam gambar.
  4. Bila tepi kuih kelihatan pucat, masukkan 1/3 camca teh bahan inti di bahagian tengahnya, tabur juga sedikit cincangan cili merah dan hirisan daun bawang. Tutup permukaan acuan dengan tudung periuk. Biar 30 saat, buka dan bila permukaan kuih kering, boleh angkat. Buat kaedah sama dengan baki bahan2. Hidangkan untuk minum petang...
CATATAN MAT GEBU :- Untuk resipi ini akan menghasilkan kurang lebih 28 - 30 biji kuih cara berlauk, bergantung pada saiz acuan anda guna. Selamat mencuba!! (^__^)

pasti anda rasa HEBAT