Wednesday, January 7, 2015
MAKANAN MEWAH KAUM CINA KINI UNTUK ANDA
Saturday, October 18, 2014
Tuesday, October 14, 2014
PURENERGY SMARTCARD TERHEBAT ALAF INI..
Bila subsidi PETROL di kurangkan, adakah budget bulanan anda terjejas? Anda perlu menyusun semula perbelanjaan bulanan? Itu belum lagi termasuk bil elektrik, dimana tariff bulanan akan dinaikkan 15% mulai thn depan.
Dengan SMARTCARD ini, anda mampu mendapat PENJIMATAN sebanyak 30%. Saya ingin berkongsi PENJIMATAN yang saya dapat. Perjalanan dari seri manjung, perak KE Melaka, hanya menggunakan petrol sebanyak rm 40.00 sahaja! HEBAT SANGAT!!!
Jika penggunaan petrol dan elektrik anda mencecah rm500.00 sebulan, anda akan mendapat PENJIMATAN 30% iaitu rm150.00. HEBATKAN???
Hanya lekat, anda jimat.
Hubungi saya 0135308595 pn.maria.
Hanya yang benar2 serius, saya akan reply.
Thursday, January 9, 2014
Kalau ikutkan rasa....
Rasa menyesal? Kenapa harus ada rasa itu, sedangkan saat bahagia, tiada rasa kesyukuran di ucapkan.... Mengapa detik ini, terbitnya rasa itu? Memang dasar manusia yang tidak tahu menghargai perjalanan kehidupan ini. Tika dan saat ini, haruslah perbanyakan muhasabah diri.....ya allah! hapuskanlah rasa yang tidak elok ini....aku mencari redhaMu dalam menghadapi kemelut ini....
Dengarlah.....jeritan batinku...
Hari ini, sangat menguji kesabaran ku. Ya allah.....adakah ini dugaan atau musibah yang engkau berikan..... Walau apa pun ia, aku terima dengan penuh redha. Sesungguhnya aku hanya hambamu yang lemah dan tidak berdaya.... Aku tahu, aku tidak layak untuk ditunaikan permintaanku, tapi hanya padamu tempatku mengadu dan meminta.....
Friday, April 26, 2013
Hubungan Emma & Zizan Dah Terjalin Sejak 2 Tahun
KUALA LUMPUR, 25 APRIL 2013: Ibu kepada pelawak, Zizan Razak iaitu Anai Ibrahim akui pelakon Emma Maembong pernah mengunjungi rumahnya ketika rumah terbuka Aidilfitri, 2 tahun lalu.
Sunday, April 21, 2013
SUBHANALLAH....HANYA DIA MENGETAHUI RAHSIANYA.
“Dan Dialah Tuhan yang telah mengalirkan dua laut berdampingan, yang satu tawar lagi memuskan dahaga, dan yang satu lagi masin lagi pahit, serta ia menjadikan antara kedua-dua laut itu sempadan dan sekatan yang menyekat percampuran kedua-duanya” Surah Al-Furqan ayat 51.
Bukti air sungai dan air laut tidak bercampur....
” Ia biarkan air dua laut mengalir, sedang kedua-duanya pula bertemu; Diantara kedua-duanya ada penyekat yang memisahkannya, masing-masing tidak melampaui sempadannya ; Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, Yang kamu hendak dustakan?” Surah Ar-Rahman ayat 19-21.
Ayat di atas bercerita mengenai Dua Laut yang tidak bercampur airnya iaitu melalui Selat Gibraltar dan Samudra Atlantik di Lautan Mediteranian. Cuba lihat gambar di bawah ini:
Wednesday, April 17, 2013
KOLAGEN OH KOLAGEN......
Apa yang anda akan baca di bawah ini mungkin akan mengejutkan. Malah mungkin ada yang tidak mahu menerima k...enyataan. Realiti kadangkala sememangnya pahit untuk ditelan. Tetapi inilah pendirian TSM sejak dari dulu lagi. Meskipun kami menerima bantahan dan kecaman dari pelbagai pihak, kami tetap degan pendirian kami. Kebenaran tetap akan kami dedahkan. Contohnya dalam isu rokok, detox rendam kaki, gelang magnet, rokok elektronik dan sebagainya. Sesungguhnya kebenaran itu berada pada kedudukannya yang tersendiri dan tidak akan mampu digugat oleh apa-apapun. Dalam membongkar kebenaran, kami tidak akan menyebelahi kepentingan mana-mana pihak. Baik atau buruk, ia perlu didedahkan agar semua orang tahu.
Kolagen adalah sejenis protein. Terdapat lebih 25 jenis kolagen yang terhasil secara semulajadi di dalam tubuh manusia. Ia membentuk 30% dari jumlah protein dalam tubuh manusia. Tidak dinafikan ia sangat penting untuk tubuh. Ia berfungsi seperti gam pelekat yang melekatkan seluruh bahagian tubuh kita. Seringkali kolagen dikaitkan dengan kesihatan kulit. Ia membantu melambatkan proses penuaan. Bukan membuatkan kulit yang berkedut kembali tegang. Kenyataan ini sepatutnya diambil perhatian.
Bagaimanapun, apabila usia semakin meningkat, degradasi kolagen akan berlaku dan akhirnya menimbulkan kedutan. Oleh sebab itu, ramai pakar kesihatan kulit menasihatkan supaya mengambil langkah untuk merangsang pengeluaran kolagen. Ia dapat memperlahankan proses kedutan. Salah satu caranya ialah mengambil makanan yang tinggi khasiat menghasilkan kolagen di dalam tubuh. Itu tidak bermakna makanan itu 'mengandungi' kolagen.
Hari ini, disebabkan penyebaran kononnya ia mengandungi kolagen, ia semakin mendesak orang ramai untuk mendapatkannya malah harganya kini meningkat.
Ia mendapat sambutan di kalangan mereka yang inginkan kulit kelihatan cantik dan licin terutamanya golongan wanita. Seperti biasa masyarakat mudah tertipu dengan apa saja iklan menggunakan teori saintifik yang cuba mengelirukan pengguna. Pencarian TSM tidak menemui apa-apa maklumat tentang kandungan "kolagen" di dalam rumpai laut. Setakat ini tiada kajian saintifik yang mendapati rumpai laut mengandungi kolagen. Malah zat-zat yang membantu menghasilkan kolagen yang banyak boleh ditemui dalam vitamin C seperti buah-buahan citrus, bukan dalam rumpai laut. Buah-buahan itu sendiri tidak mengandungi kolagen. Agak pelik bagaimana mereka boleh mendakwa rumpai laut adalah sumber kolagen terbaik?
Kononnya :
Kaya dgn nutrisi n mineral yg sngt2 baik utk tbh n kulit; KOLEGEN-10X gnda lbh tinggi dr SIRIP IKAN YU,24%kolegenye bersamaan 2kpng SARANG BURUNG LAYANG2(bernilai ribuan ringgt). KASIUM-37 kali lbh tinggi dr hati ikan VITAMIN A-40X lbh hebat dr Beta Carotine/638 kali lbh hbt dr daging lembu ANTIOKSIDA-550X lbh kuat dr vitamin C PROTEIN- 21X lbh bnyk dr susu OMEGA 3 DAN OMEGA 6-2326X lbh bnyk dr ikan Khasiatnya ; - Melaraskan berat badan n menstabilkan hormon - Meningkatkan sistem imun dan metabolisma badan - Memelihara kalenjar tiroid - Menguatkan sistem abdomen - Mengurangi penuaan pramatang spt kedutan n kulit kendur - Memejalkan payudara, otot n punggung - Menyihatkan rambut n kuku - Mengurangi selulit - Melancarkan peredaran darah,mengurangi sakit bahu n belakang - Meningkatkan sel rawan,ligamen dan otot - Merawat penyakit gout - Mencegah kanser/tumor - Anti bakteria/kulat -Merawat anemia - Menurunkan tahap kolestrol dlm badan -Menurunkan tekanan darah tinggi - Menyerap lbhan garam dlm (lumpuh) - Meningkatkan fungsi pnghadaman/pencernaan,merawat gastrik - Memberikan rasa kekenyangan(diet) - Memelihara usus kecil(mengelakkan sembelit/buasir) - Melicin,menegang,n menghaluskan kulit - Mempercepatkan pengecutan jerawat n menghapuskan parut - Merangsang penghasilan sel2 baru kulit,menyembuhan luka - Memberi tenaga n menguatkan sistem tubuh - Membersihkan tubuh dari reaksi radikal bebas Tak ke sesak kau baca semua ni keh keh keh.
Kolagen tidak hadir begitu saja. Dakwaan yang mengatakan adanya 'kolagen mentah' dalam rumpai laut adalah salah. Apatah lagi yang mendakwa 'ibu kolagen'. Tiada kolagen yang didapati dalam bentuk mentah. Orang Jepun yang mula-mula menemui makanan rumpai laut hanya menjadikan ia sebagai sayur-sayuran dan salad dalam hidangan mereka. Jepun tidak memiliki tanah yang luas untuk penanaman, maka mereka beralih kepada sumber lautan.
Iklan-iklan di laman-laman web penjual rumpai laut yang membezakan gambar pengguna sebelum dan selepas jelas menunjukkan dua situasi yang berbeza. Gambar 'SEBELUM' diambil dengan 'cameraphone' dalam keadaan kurang cahaya (underexposure) menyebabkan wajah kelihatan gelap dan kusam manakala gambar 'SELEPAS' pula diambil dalam keadaan cahaya terang (overexposure) menjadikan wajah kelihatan cerah 'berseri'. Ia tidak memerlukan manipulasi digital menggunakan perisian Adobe Photoshop, hanya olahan cahaya sekitar. Ini jelas suatu bentuk penipuan. Bagi TSM dan mereka yang tahu teknik dalam fotografi, ia tentu mudah untuk dijelaskan.
Penghaslilan Produk
Rumpai laut digunakan untuk menghasilkan tiga hydrocolloids iaitu agar, alginat dan carrageenan. Hydrocolloids ialah bahan yang larut dalam air untuk memberikan kelikatan, membentuk gel, untuk menstabilkan produk seperti ais krim (ia menghalang pembentukan kristal supaya ais boleh kekalkan tekstur licin).
Produk kosmetik seperti krim dan losyen kadang-kadang melabelkan kandungan "ekstrak marin", "ekstrak alga", "ekstrak rumpai laut" malah ada yang lebih berani melabelkannya sebagai "marine collagen". Ini mungkin menunjukkan ia mengandungi salah satu hydrocolloids yang diekstrak dari rumpai laut. Alginat dan carrageenan boleh meningkatkan sifat-sifat pengekalan lembapan pada kulit. Yang jelas, ia tidak boleh membuatkan wajah anda kembali remaja setelah kulit anda berkedut. Malah kajian terhadap beberapa spesies rumpai laut kelp, wakame dan nori mendapati ia baik untuk merawat kanser dan thyroid, bukan untuk awet muda.
Hari ini, sudah ada pengusaha produk minuman mendakwa minuman mereka mengandungi kolagen...inilah salah satu perkara yang paling melucukan yang pernah di dengar di abad ini. Ia juga mungkin penipuan terbesar abad ini. Pihak berkuasa sepatutnya lebih tegas dalam menguatkuasakan akta pelabelan produk makanan dan minuman.
Jika anda ingin terus menggunakannya, anda boleh teruskan. Sekurang-kurangnya kulit anda sentiasa kekal lembap dan anda dapat khasiat seperti makan sayur-sayuran. Cuma anda membelanjakan wang yang lebih untuk mendapatkan khasiat sayur-sayuran sedangkan orang lain hanya membelanjakan beberapa ringgit untuk membeli sayuran di pasar.
Dari Mana Untuk Dapatkan Kolagen
Kolagen tidak boleh didapati begitu saja. Anda tidak boleh mendakwa anda mendapat kolagen dengan memakan 'kolagen'. Ia tidak semudah itu. Jika ada orang mendakwa sedemikian, dia mungkin berjenaka atau dia tidak pernah belajar ilmu biologi.
Dakwaan tentang kolagen mentah, kolagen asli atau ibu kolagen dari rumpai laut sebenarnya tidak berasas. Ia sesuatu yang diada-adakan.Orang yang tidak tahu apa-apa tentu mudah diperdaya. Tambahan pula terdapatnya iklan syarikat TM menunjukkan seorang pengusaha rumpai laut yang berjaya di TV. Ia mungkin sedikit sebanyak telah mempengaruhi pemikiran pengguna bahawa "rumpai laut suatu produk yang bagus dan mendapat sambutan luarbiasa sehingga ke luar negara."
Kolagen dihasilkan dari dalam tubuh kita. Ia tidak boleh didapati dari luar. Untuk memastikan tubuh kita menghasilkan kolagen, kita perlu mengambil makanan-makanan yang boleh membantu penghasilan kolagen secara semulajadi. Makanan yang boleh membantu penghasilan kolagen ialah sumber vitamin C seperti buah-buahan citrus, sayur-sayuran, tomato, keju, soya, asid amino, ikan dan telur.
Ingat Cantik, ingat vitamin C
LAGI KES ANAK LUAR NIKAH!
ADAKAH ANAKNYA MENGALAMI TEKANAN PERASAAN???
UNTUK SEBUAH KEBAHAGIAAN, PERLUKAN PENGORBANAN....SABAR....
Tuesday, March 26, 2013
Nak bagi anak, berkira...tapi kalau bagi girlfriend???
Rita - Dedah Gaji Aidil Zafuan 50k, Tapi Bayar Nafkah Anak Berkira!
Seksi ker???
Saya Seksi Pun Salah Ke?- Che Ta

Friday, March 22, 2013
MENGAPA?? MENGAPA?????
Ada 'tangan' di sebalik pencerobohan Lahad Datu,pengakuan seorang dari tahanan.
Hooland Kalbi yang bercakap dalam bahasa Bajau dari kandang tertuduh mendedahkan demikian pada prosiding pendakwaan terhadap lapan individu yang didakwa menjadi anggota kumpulan pengganas, dua daripadanya turut dituduh melancarkan perang terhadap Yang di-Pertuan Agong.
Kenyataan Hooland di hadapan Hakim Ravinthran diterjemah oleh jurubahasa mahkamah. Hooland turut menyatakan bahawa dia bodoh kerana melakukannya. Sejurus kenyataan Hooland diterjemah, Hakim Ravinthran meminta jurubahasa menjelaskan kepada tertuduh bahawa dia tidak perlu berkata demikian dan segala pengakuan akan dibuat selepas diwakili peguam pada 12 April nanti.
Ketika prosiding, Hakim Ravinthran memberi peluang kepada setiap tertuduh untuk memberitahu mahkamah berhubung pertuduhan ke atas mereka dan jurubahasa perlu menjelaskan beban hukuman bagi setiap kesalahan.
Tertuduh juga diterangkan tentang pembelaan mereka yang perlu diwakili peguam kerana tuduhan ke atas mereka membabitkan hukuman berat iaitu gantung dan penjara seumur hidup, jika sabit kesalahan. Lapan warga Filipina didakwa di Mahkamah Tinggi di sini semalam dan dua daripadanya bakal berdepan hukuman mati kerana dituduh melancarkan perang terhadap Yang di-Pertuan Agong.
Dua tertuduh itu bersama empat yang lain turut didakwa menjadi anggota kumpulan pengganas manakala dua lagi didakwa cuba melindungi pengganas. Ini merupakan kali kedua tuduhan melancarkan perang terhadap Yang di-Pertuan Agung dikenakan di negara ini selepas insiden kumpulan pemberontak Al Maunah di Bukit Jenalik Sauk, Perak pada tahun 2000.
Sementara itu Timhar Hadir, yang juga didakwa atas kesalahan sama (menjadi anggota pengganas) memberitahu bahawa dia datang ke Malaysia pada Febuari lepas menggunakan pasport antarabangsa. Bagaimanapun Hakim Ravinthran meminta dia tidak menyatakan selanjutnya sebelum berbincang dengan pihak peguam.
Seorang lagi tertuduh yang menghadapi tuduhan sama, Habil Suhaili merupakan tertuduh yang mengambil masa agak lama untuk memahami pertuduhan. Dia yang kelihatan berusia lebih daripada 60 tahun tidak dipakaikan 'straight jacket' seperti tertuduh lain dan jurubahasa membacakan pertuduhan berulang kali dalam bahasa Suluk.
Habil sempat menyatakan bahawa dia tidak melakukannya namun hakim menjelaskan pengakuan itu tidak akan direkod. Tertuduh pertama Atik Hussin Abu Bakar yang didakwa atas tuduhan melancarkan perang dan menjadi anggota pengganas hanya memohon penjelasan hukuman yang akan dihadapinya. Atik Hussin yang berbahasa Bajau kelihatan bersahaja seperti tertuduh lain.
Empat tertuduh lagi, Lin Mad Salleh, Basad Manuel, Kadir Uyung dan Lating Tiong hanya menyatakan 'nothing to say' (tiada apa yang hendak dicakapkan). Basad menghadapi dua pertuduhan yang sama seperti Atik Hussin manakala Lin hanya didakwa menjadi anggota pengganas dan Kadir serta Lating menghadapi tuduhan melindungi kumpulan pengganas.
Kesemua terduduh hanya menundukkan kepala ketika berada di kerusi sebelum dibawa ke kandang tertuduh untuk dibaca pertuduhan. Kesemua mereka tidak dibenarkan jamin. Sementara itu, wartawan dan jurugambar yang membuat liputan di Mahkamah Tinggi Tawau dikawal ketat oleh anggota polis lengkap bersenjata dan hanya seorang wartawan daripada setiap organisasi yang dibenar masuk.
Kesemua wartawan yang dibenar memasuki mahkamah pada pukul 9 pagi hanya dibolehkan membawa buku nota dan pen manakala semua alat komunikasi dan peralatan lain tidak dibenarkan. Tiada wartawan asing hadir membuat liputan prosiding semalam. Lapan tertuduh yang ditutup bahagian kepala dibawa menaiki lori polis kira-kira 10.10 pagi. -
kredit to utaranews.
KISAH SEBENAR TANGKAL DAN SIHIR TENTERA SULU DI LAHAD DATU.

Jika bukan ilmu hitam atau sihir, apa lagi mahu kita katakan kepada misteri akan kisah yang menyelubungi ramai anggota tentera kita di Lahad Datu. Setan Kiram bisa angguk-angguk kalau kita bilang, celaka apa yang sering terbang saat anggota tentera kita buat rondaan diatas tanah, sedang dicelah2 dahan dedaun sawit banyaknya 'kera-kera' melompat-lompat dan berterbangan ?
Gila sungguh kerabat pengganas ini. Coba kalian bayangkan...anggota kita meronda dibawah..mereka mampu terbang dan bergerak pantas di celah-celah ranting pokok. Malah tembakan yang di hambur kan bertalu-talu, tidak sedikit pun mengoyah lutkan tubuh anggota pemakan sihir itu.
Dari apa yang dikisahkan oleh seorang pegawai yang ditugaskan di sana, fikir saja tentang bagaimana sekotak magazin pelurunya habis dihambur..satu pun tak memberi kesan.., lalu jalan akhir.dia yang mempunyai sedikit ilmu itu terus membenamkan peluru ke tanah, sebelum membaca beberapa ayat daripada surah al Quran....kesan terus, peluru itulah yang pantas terus menembusi tubuh pengganas Sulu yang menceroboh Lahad Datu, lantas akhirnya tumbang menyembah bumi dan mukanya terus jadi hitam seperti dibakar api. ~ Wak Albanjari.
Militan Sulu mungkin guna ilmu sihirKREDIT TO MPP.
Sinar Harian | March 17, 2013
Desas-desus tentang penggunaan ilmu hitam atau sihir oleh militan Sulu mungkin ada kebenarannya. Perkara ini diakui Pengasas Pusat Rawatan Islam At-Tobibi, Shamsuri Shafie tidak menolak kemungkinan wujudnya amalan sihir di sebalik konflik melanda negara lebih sebulan lalu itu.
“Memang maklumat dari sumber yang boleh dipercayai mengatakan sihir dan ilmu hitam adalah amalan mereka untuk mempertahankan diri dan menjadi kebal.
“Malah saya difahamkan ada dalam amalan yang memerlukan mereka berendam semalaman dengan bacaan mantera tertentu mungkin untuk mendapatkan kekebalan dan menyebabkan tentera kita tidak nampak kewujudan mereka,” katanya kepada Sinar Harian.
Tidak menafikan setiap kejadian berlaku dengan izin Allah, Shamsuri yang juga pengamal perubatan Islam berkata, amalan sihir sememangnya wujud walaupun mempercayainya adalah syirik.
Menurutnya, militan Sulu sedar mereka kekurangan dari segi kelengkapan kerana itu mencari kekuatan lain untuk mempertahankan diri, menyebabkan mereka memilih mengamalkan sihir dan ilmu hitam bagi mendapatkan kekebalan diri.
Menasihatkan agar tentera negara di perbatasan sentiasa mengingati Allah dan tidak leka, Shamsuri berkata, amalan- amalan sihir ini mampu ditundukkan dengan ayat-ayat suci al-Quran.
“Kita nak berperang kena ingat Allah, sesungguhnya Allah sentiasa bersama kita. Baca doa, atau ayat- ayat tertentu misalnya, al-Fatihah dan ayat Kursi supaya kita sentiasa berada dalam keadaan benar dan tidak lalai,” katanya.
Thursday, February 28, 2013
Dalam Al-quran disebutkan 22 sifat buruk bangsa Yahudi, iaitu:
1. Keras hati dan zalim (Al-Baqarah:75,91,93,120,1
2. Kebanyakan fasik dan sedikit beriman kepada Allah SWT (Ali Imran:110; An-Nisa:55)
3. Musuh yang paling bahaya bagi orang-orang Islam (Al-Maidah:82)
4. Amat mengetahui kekuatan dan kelemahan orang-orang Islam seperti mereka mengenal anak mereka sendiri (Al-An’am:20)
5. Mengubah dan memutarbalikkan kebenaran (Al-Baqarah:75,91,101,140,
6. Menyembunyikan bukti kebenaran (Al-Baqarah:76,101,120,146
7. Hanya menerima perkara-perkara atau kebenaran yang dapat memenuhi cita rasa atau nafsu mereka (Al-Baqarah:87,101,120,146
8. Ingkar dan tidak dapat menerima keterangan dan kebenaran AlQuran (Al-Baqarah:91,99; Ali Imron:70)
9. Memekakkan telinga kepada seruan kebenaran, membisukan diri untuk mengucapkan perkara yang benar, membutakan mata terhadap bukti kebenaran dan tidak menggunakan akal untuk menimbangkan kebenaran (Al-Baqarah:171)
10. Mencampuradukkan yang benar dan yang salah, yang hak dan yang batil (Ali Imran:71)
11. Berpura-pura mendukung orang Islam tetapi apabila ada di belakang orang-orang Islam, mereka mengutuk dengan sekeras-kerasnya (Al-Baqarah:76; Ali Imran:72,119)
12. Hati meraka sudah tertutup akan Islam kerana dilaknat oleh Allah SWT yang disebabkan oleh kekufuran mereka sendiri (Al-Baqarah:88,120,145,146
13. Kuat berpegang pada rasa kebangsaan mereka dan mengatakan bahwa mereka adalah bangsa yang istimewa yang dipilih oleh Tuhan dan menyakini agama yang selain daripada Yahudi adalah salah (Al-Baqarah:94,111,113,120
14. Tidak akan ada kebaikan untuk seluruh manusia jika mereka memimpin (An-Nisa:53)
15. Tidak suka, dengki, iri hati terhadap orang-orang Islam (Al-Baqarah:90,105,109,120
16. Mencintai kemewahan dan kehidupan dunia, bersifat tamak dan rakus, menginginkan umur yang panjang dan mengejar kesenangan serta takut akan kematian (Al-Baqarah:90,95,96,212)
17. Berkata bohong, mengingkari janji dan melampaui batas (Al-Baqarah:100,246,249 Ali Imran:183,184; An-Nisa:46)
18. Berlindung di balik mulut yang manis dan perkataan yang baik (Al-Baqarah:204,246; Ali Imron:72; An-Nisa:46)
19. Mengada-ada perkara-perkara dusta dan suka kepada perkara-perkara dusta (Ali Imran:24,94,183,184; Al-Maidah:41)
20. Berlaku sombong dan memandang rendah terhadap orang-orang Islam (Al-Baqarah:206,212,247)
21. Tidak amanah dan memakan hak orang lain dengan cara yang salah (Ali Imran:75,76; At-Taubah:34)
22. Selalu melakukan kerosakan dan menganjurkan peperangan (Ali Imran:64)
Thursday, February 7, 2013
RINTIHAN SHILA AMZAH.. melalu email yg dikirimkan..
Assalamualaikum dan salam sejahtera,Dengan nama Allah SWT yang maha pengasih dan maha penyayang, Shila rasa cukup bersyukur di atas segala nikmat dan dugaan yang telah diberikan kepada Shila. Tujuan Shila menulis surat ini, sebab Shila nak memperjelaskan semua perkara yang telah terjadi setelah sekian lama Shila berdiam diri.Pertama sekali, Shila memahami situasi ibubapa Shila dan kenapa mereka begitu menjaga Shila dari pelbagai aspek sebab mereka menyayangi Shila dan takkan ada orang lain yang boleh menggantikan tempat mereka di dalam hati Shila. Shila takkan sanggup melukakan hati mereka untuk berbuat sesuatu keputusan yang mereka tidak redhai.Tentang Sharnaaz, Shila ingin memohon maaf secara terbuka kepada Sharnaaz dan familinya atas apa yang telah terjadi. Terima kasih kerana melayan shila dengan baik selama hari ini.Janganlah semua menghukum Sharnaaz atas kenyataannya. Dia tidak sepenuhnya bersalah. Shila mengambil sepenuh tanggungjawab atas semua “damage” yang telah berlaku kepada Sharnaaz dan familinya.Shila, sebagai seorang anak kepada ibubapa Shila, sebagai seorang kekasih kepada Sharnaaz, Shila sangat berharap perkara ini boleh diselesaikan sebaiknya. Shila sentiasa percaya pada qada’ dan qadar. Seandainya ia baik untuk Shila maka dekatkan lah, seandaikan ia membawa kemudaratan untuk shila maka jauhkan lah.Jodoh, pertemuan, Ajal dan maut di tangan Allah SWT.Shila berdoa agar semua berdamai.Shila minta maaf kepada semua rakan-rakan media kerana tidak memberi kerjasama atas semua spekulasi yang telah berlaku. Shila juga ingin memohon maaf kepada semua Shilalas kalau ada yang terguris hati .Demi Allah Shila sangat sayangkan anda semua.
Sunday, January 20, 2013
TAK TAHU LEBIH BAIK DIAM...SAYA SETUJU.
Thursday, January 17, 2013
APA KOMEN BAWANI????? LISTEN 6 PERKARA MENJAWAB PENDIDIK PERCUMA....
1. Argentina. Memang pendidkan di negara berkenaan percuma dan terbuka kepada sesiapa sahaja. Tetapi, terdapat banyak kos tersembunyi di negara berkeaan seperti pelajar harus membayar kos pengakutan dan pelbagai kos-kos lain yang mengarut. Pemberian biasiswa di negara berkenaan yang tidak sama rata sebenarnya telah mengabaikan golongan yang berpendidikan rendah untuk masuk ke dalam universiti. 9 daripada 10 pelajar yang memasuki universiti di Argentina datang daripada golongan kaya.
2. Negara dunia ketiga seperti Sri Lanka dan Mauritius mengamalkan pendidikan percuma?
Sebelum nak bercakap mengenai Sri Lanka, fahamkan dulu sistem pendidikan mereka. Hanya 10 peratus sahaja mereka yang layak memasuki university, selebihnya akan terpiggir. Inilah harganya yang perlu dibayar. Mengenai soal Mauritius, hanya orang bodoh sahaja yang membandingkan Malaysia dengan Mauritius. 1,286,340 merupakan jumlah rakyat di sana. Negara mereka pula kecil dan pengajian swasta cuma menjalankan kelas pada hari minggu sahaja memandangkan jumlah pelajar di sana sangat kecil. Jadi, buat apa nak bandingkan epal dengan durian? Sangat tidak adil bukan?
3. Brazil. Ya, pendidikan mereka percuma, tetapi, nah, ambil ni:
"Brazil is known for charging a high tax burden from its citizens and companies established. We will provide an overview of the most common taxes in Brazil, dividing them into Federal, State and Municipal taxes." Rujuk link pada komen saya dibawah.
" Everyday taxes in Brazil: IPVA, IPTU and IPTR!"
4. Bandingkan dengan negara kaya pula? Berapa kerat negara kaya yang ada sistem pendidikan percuma? Denmark? Kadar cukai di negara berkenaan merupakan yang paling tinggi di dunia. Kita perlu bayar untuk sesuatu yang percuma.
5. Turki? Sistem pendidikan negara kita tak ubah macam negara mereka.Turki hanya menawarkan pendidikan percuma pada peringkat sekolah rendah dan menengah daripada gred 1 sehinggalah 12. Serupa dengan negara kita, pendidikan percuma di Malaysia ditawarkan daripada darjah satu sehinggalah ke tingkatan 6 sebenarnya. Dan Malaysia hanya mengenakan 10% bayaran untuk pendidikan tertiaty (universiti, kolej) dengan 90% disubsidi kerajaan.
6. Finland? Saya dah cakap, jangan buat perbandingan epal dan durian. Kita buat sedikit analisis pasal negara Finland. Finland mempunyai 169, 000 orang pelajar dan Malaysia mempunyai 508,256 pelajar yang belajar di IPTA (IPTA sahaja, tidak termasuk IPTS lagi). Malaysia sebenarnya memberikan subsidi sebanyak 95 % daripada yuran pengajian sebenar di IPTA. Pelajar hanya membayar 5 % sahaja. Cukai pendapatan di Finland mencecah 50 peratus ke atas manakala Malaysia hanyalah mencecah 26 peratus maksimun. Dan, kenapa tergamak kalian bandingkan epal dan durian?
Negara-negara yang dibangkitkan oleh Bawini sebenarnya kaya dengan inflasi. Ambil contoh Argentina sudah cukup. 38 peratus inflasi untuk 2 tahun kebelakangan ini. Barang naik sikit kat Malaysia pun dah bising, dan hanya kerana pendidikan percuma, apakah sudah bersedia rakyat Malaysia untuk menghadapi cukai yang tinggi?
Komen : Di Malaysia, kalau x nak bayar cukai pendapatan, bayarlah zakat untuk pemotongan terus. Sharifah juga harus dipersalahkan. Belum sempat Bawani menghabiskan hujahnya, terus Sharifah memotong. Tetapi saya juga difahamkan yang Sharifah terpaksa memotong kerana kesuntukan masa program. Bawani pula bertanyakan selepas waktu program bukan Q & A session. Ini yang dianggap sebagai sejenis provokasi kerana sepatutnya soalan itu ditanyakan kepada panelis, bukannya moderator. Dan menjadikan Ambiga sebagai idola sudah menggambarkan mentalitinya.





