Nuffnang Ads

Friday, April 26, 2013

Hubungan Emma & Zizan Dah Terjalin Sejak 2 Tahun

Ibu Zizan Akui Emma Maembong Datang Ke Rumahnya



KUALA LUMPUR, 25 APRIL 2013: Ibu kepada pelawak, Zizan Razak iaitu Anai Ibrahim akui pelakon Emma Maembong pernah mengunjungi rumahnya ketika rumah terbuka Aidilfitri, 2 tahun lalu.

Anai Ibrahim berkata dia sudah lama mengetahui mengenai hubungan anaknya dan aktres kacukan Melayu-Scotland itu, tetapi tidak tahu sejauh mana seriusnya hubungan mereka.

"Saya tak tahu sejauh mana seriusnya hubungan Zizan dan Emma, yang saya tahu hubungan mereka terjalin sejak 2 tahun lalu lagi.

"Seingat saya ketika itu, Emma ada datang ke rumah terbuka kami dan saya hanya anggap dia datang sebagai kawan Zizan ketika itu.

"Setakat ini, Zizan tidak pernah pun bercerita secara serius mengenai Emma kepada saya dan saya hanya baca cerita mengenainya di akhbar," katanya ketika ditemui portal murai.com.my selepas majlis penyampaian hadiah Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2012 (ABPBH 2012).

Sebelum ini, Emma digosipkan bercinta dengan Zizan selepas pelawak itu akui hatinya kini sudah dimiliki oleh seseorang.

Bercerita lanjut mengenai sikap anaknya itu, Anai memberitahu anaknya memang seorang anak yang agak rapat dengannya dan sering bercerita mengenai hal peribadi termasuk soal cinta.

"Zizan tidak pernah sorok kepada saya jika dia sedang suka serta berkenan dengan seseorang itu. Dia akan terus membawa wanita itu berjumpa saya.

"Dia rapat dengan saya kerana saya akan selalu ada dekat dengannya. Setiap minggu saya akan berulang alik daripada Terengganu ke Kuala Lumpuer semata-mata untuk menemaninya.

"Malah, Zizan selalu minta pandangan saya mengenai wanita yang disukainya dan dia akan mendengar setiap nasihat atau komen yang saya berikan.

"Apa-apa pun, saya tidak kisah siapa pilihan bakal isteri Zizan, asalkan wanita itu faham akan kerjayanya yang sentiasa sibuk dengan kerja tanpa mengira masa," jelasnya lagi.

Zizan pernah menyatakan hasrat untuk menamatkan zaman bujangnya pada tahun hadapan memandangan usianya bakal mencecah 30 tahun.

Namun sehingga kini, Zizan masih merahsiakan gerangan wanita yang berjaya memikat hatinya itu.

Sunday, April 21, 2013

SUBHANALLAH....HANYA DIA MENGETAHUI RAHSIANYA.



“Dan Dialah Tuhan yang telah mengalirkan dua laut berdampingan, yang satu tawar lagi memuskan dahaga, dan yang satu lagi masin lagi pahit, serta ia menjadikan antara kedua-dua laut itu sempadan dan sekatan yang menyekat percampuran kedua-duanya” Surah Al-Furqan ayat 51.



Bukti air sungai dan air laut tidak bercampur....

” Ia biarkan air dua laut mengalir, sedang kedua-duanya pula bertemu; Diantara kedua-duanya ada penyekat yang memisahkannya, masing-masing tidak melampaui sempadannya ; Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, Yang kamu hendak dustakan?” Surah Ar-Rahman ayat 19-21.

Ayat di atas bercerita mengenai Dua Laut yang tidak bercampur airnya iaitu melalui Selat Gibraltar dan Samudra Atlantik di Lautan Mediteranian.  Cuba lihat gambar di bawah ini:

Merging-Ocean

Wednesday, April 17, 2013

KOLAGEN OH KOLAGEN......



 Tiada Kolagen Dalam Rumpai Laut...fakta yg sahih.!!


Apa yang anda akan baca di bawah ini mungkin akan mengejutkan. Malah mungkin ada yang tidak mahu menerima k...enyataan. Realiti kadangkala sememangnya pahit untuk ditelan. Tetapi inilah pendirian TSM sejak dari dulu lagi. Meskipun kami menerima bantahan dan kecaman dari pelbagai pihak, kami tetap degan pendirian kami. Kebenaran tetap akan kami dedahkan. Contohnya dalam isu rokok, detox rendam kaki, gelang magnet, rokok elektronik dan sebagainya. Sesungguhnya kebenaran itu berada pada kedudukannya yang tersendiri dan tidak akan mampu digugat oleh apa-apapun. Dalam membongkar kebenaran, kami tidak akan menyebelahi kepentingan mana-mana pihak. Baik atau buruk, ia perlu didedahkan agar semua orang tahu.

Kolagen adalah sejenis protein. Terdapat lebih 25 jenis kolagen yang terhasil secara semulajadi di dalam tubuh manusia. Ia membentuk 30% dari jumlah protein dalam tubuh manusia. Tidak dinafikan ia sangat penting untuk tubuh. Ia berfungsi seperti gam pelekat yang melekatkan seluruh bahagian tubuh kita. Seringkali kolagen dikaitkan dengan kesihatan kulit. Ia membantu melambatkan proses penuaan. Bukan membuatkan kulit yang berkedut kembali tegang. Kenyataan ini sepatutnya diambil perhatian.

Bagaimanapun, apabila usia semakin meningkat, degradasi kolagen akan berlaku dan akhirnya menimbulkan kedutan. Oleh sebab itu, ramai pakar kesihatan kulit menasihatkan supaya mengambil langkah untuk merangsang pengeluaran kolagen. Ia dapat memperlahankan proses kedutan. Salah satu caranya ialah mengambil makanan yang tinggi khasiat menghasilkan kolagen di dalam tubuh. Itu tidak bermakna makanan itu 'mengandungi' kolagen.

 
Rumpai laut yang mendapat sambutan hangat di pasaran hari ini ialah jenis agar yang diekstrak dari spesis Eucheuma Gelidium. Ia sebenarnya sudah lama digunakan dalam masakan terutama untuk membuat kueh agar-agar.

Hari ini, disebabkan penyebaran kononnya ia mengandungi kolagen, ia semakin mendesak orang ramai untuk mendapatkannya malah harganya kini meningkat.

Ia mendapat sambutan di kalangan mereka yang inginkan kulit kelihatan cantik dan licin terutamanya golongan wanita. Seperti biasa masyarakat mudah tertipu dengan apa saja iklan menggunakan teori saintifik yang cuba mengelirukan pengguna. Pencarian TSM tidak menemui apa-apa maklumat tentang kandungan "kolagen" di dalam rumpai laut. Setakat ini tiada kajian saintifik yang mendapati rumpai laut mengandungi kolagen. Malah zat-zat yang membantu menghasilkan kolagen yang banyak boleh ditemui dalam vitamin C seperti buah-buahan citrus, bukan dalam rumpai laut. Buah-buahan itu sendiri tidak mengandungi kolagen. Agak pelik bagaimana mereka boleh mendakwa rumpai laut adalah sumber kolagen terbaik?
Kononnya :
Kaya dgn nutrisi n mineral yg sngt2 baik utk tbh n kulit; KOLEGEN-10X gnda lbh tinggi dr SIRIP IKAN YU,24%kolegenye bersamaan 2kpng SARANG BURUNG LAYANG2(bernilai ribuan ringgt). KASIUM-37 kali lbh tinggi dr hati ikan VITAMIN A-40X lbh hebat dr Beta Carotine/638 kali lbh hbt dr daging lembu ANTIOKSIDA-550X lbh kuat dr vitamin C PROTEIN- 21X lbh bnyk dr susu OMEGA 3 DAN OMEGA 6-2326X lbh bnyk dr ikan Khasiatnya ; - Melaraskan berat badan n menstabilkan hormon - Meningkatkan sistem imun dan metabolisma badan - Memelihara kalenjar tiroid - Menguatkan sistem abdomen - Mengurangi penuaan pramatang spt kedutan n kulit kendur - Memejalkan payudara, otot n punggung - Menyihatkan rambut n kuku - Mengurangi selulit - Melancarkan peredaran darah,mengurangi sakit bahu n belakang - Meningkatkan sel rawan,ligamen dan otot - Merawat penyakit gout - Mencegah kanser/tumor - Anti bakteria/kulat -Merawat anemia - Menurunkan tahap kolestrol dlm badan -Menurunkan tekanan darah tinggi - Menyerap lbhan garam dlm (lumpuh) - Meningkatkan fungsi pnghadaman/pencernaan,merawat gastrik - Memberikan rasa kekenyangan(diet) - Memelihara usus kecil(mengelakkan sembelit/buasir) - Melicin,menegang,n menghaluskan kulit - Mempercepatkan pengecutan jerawat n menghapuskan parut - Merangsang penghasilan sel2 baru kulit,menyembuhan luka - Memberi tenaga n menguatkan sistem tubuh - Membersihkan tubuh dari reaksi radikal bebas Tak ke sesak kau baca semua ni keh keh keh.


Kolagen tidak hadir begitu saja. Dakwaan yang mengatakan adanya 'kolagen mentah' dalam rumpai laut adalah salah. Apatah lagi yang mendakwa 'ibu kolagen'. Tiada kolagen yang didapati dalam bentuk mentah. Orang Jepun yang mula-mula menemui makanan rumpai laut hanya menjadikan ia sebagai sayur-sayuran dan salad dalam hidangan mereka. Jepun tidak memiliki tanah yang luas untuk penanaman, maka mereka beralih kepada sumber lautan.

Iklan-iklan di laman-laman web penjual rumpai laut yang membezakan gambar pengguna sebelum dan selepas jelas menunjukkan dua situasi yang berbeza. Gambar 'SEBELUM' diambil dengan 'cameraphone' dalam keadaan kurang cahaya (underexposure) menyebabkan wajah kelihatan gelap dan kusam manakala gambar 'SELEPAS' pula diambil dalam keadaan cahaya terang (overexposure) menjadikan wajah kelihatan cerah 'berseri'. Ia tidak memerlukan manipulasi digital menggunakan perisian Adobe Photoshop, hanya olahan cahaya sekitar. Ini jelas suatu bentuk penipuan. Bagi TSM dan mereka yang tahu teknik dalam fotografi, ia tentu mudah untuk dijelaskan.


Penghaslilan Produk

Rumpai laut digunakan untuk menghasilkan tiga hydrocolloids iaitu agar, alginat dan carrageenan. Hydrocolloids ialah bahan yang larut dalam air untuk memberikan kelikatan, membentuk gel, untuk menstabilkan produk seperti ais krim (ia menghalang pembentukan kristal supaya ais boleh kekalkan tekstur licin).

Produk kosmetik seperti krim dan losyen kadang-kadang melabelkan kandungan "ekstrak marin", "ekstrak alga", "ekstrak rumpai laut" malah ada yang lebih berani melabelkannya sebagai "marine collagen". Ini mungkin menunjukkan ia mengandungi salah satu hydrocolloids yang diekstrak dari rumpai laut. Alginat dan carrageenan boleh meningkatkan sifat-sifat pengekalan lembapan pada kulit. Yang jelas, ia tidak boleh membuatkan wajah anda kembali remaja setelah kulit anda berkedut. Malah kajian terhadap beberapa spesies rumpai laut kelp, wakame dan nori mendapati ia baik untuk merawat kanser dan thyroid, bukan untuk awet muda.

Hari ini, sudah ada pengusaha produk minuman mendakwa minuman mereka mengandungi kolagen...inilah salah satu perkara yang paling melucukan yang pernah di dengar di abad ini. Ia juga mungkin penipuan terbesar abad ini. Pihak berkuasa sepatutnya lebih tegas dalam menguatkuasakan akta pelabelan produk makanan dan minuman.

Jika anda ingin terus menggunakannya, anda boleh teruskan. Sekurang-kurangnya kulit anda sentiasa kekal lembap dan anda dapat khasiat seperti makan sayur-sayuran. Cuma anda membelanjakan wang yang lebih untuk mendapatkan khasiat sayur-sayuran sedangkan orang lain hanya membelanjakan beberapa ringgit untuk membeli sayuran di pasar.

Dari Mana Untuk Dapatkan Kolagen

Kolagen tidak boleh didapati begitu saja. Anda tidak boleh mendakwa anda mendapat kolagen dengan memakan 'kolagen'. Ia tidak semudah itu. Jika ada orang mendakwa sedemikian, dia mungkin berjenaka atau dia tidak pernah belajar ilmu biologi.

Dakwaan tentang kolagen mentah, kolagen asli atau ibu kolagen dari rumpai laut sebenarnya tidak berasas. Ia sesuatu yang diada-adakan.Orang yang tidak tahu apa-apa tentu mudah diperdaya. Tambahan pula terdapatnya iklan syarikat TM menunjukkan seorang pengusaha rumpai laut yang berjaya di TV. Ia mungkin sedikit sebanyak telah mempengaruhi pemikiran pengguna bahawa "rumpai laut suatu produk yang bagus dan mendapat sambutan luarbiasa sehingga ke luar negara."





Sebenarnya tiada apa yang ajaib tentang rumpai laut. Walaupun ia mengandungi nutrien dan faedah kesihatan, terdapat banyak lagi produk lain dari daratan yang sama atau dapat menandingi khasiatnya.

Kolagen dihasilkan dari dalam tubuh kita. Ia tidak boleh didapati dari luar. Untuk memastikan tubuh kita menghasilkan kolagen, kita perlu mengambil makanan-makanan yang boleh membantu penghasilan kolagen secara semulajadi. Makanan yang boleh membantu penghasilan kolagen ialah sumber vitamin C seperti buah-buahan citrus, sayur-sayuran, tomato, keju, soya, asid amino, ikan dan telur.

Ingat Cantik, ingat vitamin C

krdt to azza azman.

LAGI KES ANAK LUAR NIKAH!


bayi dalam tandas
Port Dickson: Seorang remaja perempuan bukan saja bertindak kejam dengan membuang bayi dipercayai baru dilahirkannya ke dalam lubang tandas, malah cuba melemaskan insan kecil itu dengan membuka paip air dalam kejadian di Dataran Sri Kemang, dekat sini, petang semalam.
Difahamkan, dalam kejadian kira-kira jam 3 petang itu, suspek dikatakan bersahaja keluar dari tandas awam dan sempat menoleh ke arah penjaga tandas yang menegurnya sama ada dia dalam haid selepas melihat seluarnya berdarah.
Mujur seorang wanita yang menggunakan tandas bersebelahan menyedari kejadian itu selepas melakukan pemeriksaan sejurus mendengar tangisan bayi berkenaan.
Wanita itu kemudian memaklumkan penemuan bayi berkenaan kepada suaminya sebelum mereka membuat laporan polis.

Penjaga tandas, Norfiah Norman, 46, berkata, dia dimaklumkan oleh wanita berusia 30-an itu mengenai penemuan seorang bayi perempuan di dalam lubang tandas dan hampir kelemasan

ADAKAH ANAKNYA MENGALAMI TEKANAN PERASAAN???



SERIUS : KES POTONG KEMALUAN BAPA, IBU DAKWA ANAKNYA ‘SEOLAH-OLAH DIRASUK’ | DUNGUN – 
“Dia seorang anak yang baik, tak sangka dia sanggup bertindak begini,” luah ibu kepada seorang lelaki yang memotong kemaluan bapanya dalam satu kejadian, di sini, awal pagi kelmarin.
Dalam kejadian itu, suspek, 40, dikatakan naik angin sebelum bertindak memukul bapanya, selain turut menendang mangsa.
Tidak cukup dengan itu, suspek kemudiannya masuk ke dapur dan mengambil pisau pemotong sayur lalu bertindak memotong kemaluan bapanya, sebelum turut memotong kemaluannya sendiri.
Menurut isteri mangsa, ketika kejadian dia sedang tidur sebelum dikejutkan dengan bunyi bising.
Isteri peneroka Felda itu menceritakan, sebaik tersedar dari tidur, dia melihat anaknya sedang membelasah suaminya, lalu dia bertindak menjerit sekuat hati untuk menghalang anak lelakinya itu daripada terus memukul bapanya. Keadaan suspek ketika itu seolah-olah dirasuk.
Wanita berkenaan memberitahu, walaupun cuba menghalang, namun anaknya itu tetap memukul bapanya dan sekali lagi dia terkejut apabila suspek yang bersenjatakan pisau yang diambil dari dapur, bertindak menyerang bapanya sebelum memotong kemaluan mangsa.
“Dia macam tidak sedarkan diri, selepas potong kemaluan bapanya, dia potong kemaluan sendiri pula.
“Saya macam tidak percaya dia sanggup bertindak begitu kerana sebelum ini dia tidak pernah menderhaka pada kami,” kata ibu malang itu.
Selepas tragedi berdarah itu, suspek dan bapanya dikejarkan ke Klinik Kesihatan Ketengah Jaya, sebelum dibawa ke Hospital Dungun untuk rawatan lanjut.
Menurut warga emas itu, anak lelakinya itu difahamkan pulang bercuti di rumahnya di Felda Kerteh Enam sejak beberapa hari lalu, manakala isteri dan anak-anaknya masih berada di Kuala Lumpur kerana sesi cuti persekolahan baru bermula.
Ibunya memberitahu, sebelum ini anak lelakinya itu tidak pernah berperangai sedemikian dan sejak pulang, tiada perubahan ditunjukkan oleh suspek.
“Sejak pulang bercuti di kampung, dia kelihatan biasa sahaja.
“Cuma yang pelik pagi kelmarin, saya lihat dia sedang menari-nari dalam rumah. Dia tak pernah berperangai begitu sebelum ini, tapi saya tak syak apa-apa kerana mengagak dia hanya main-main,” katanya yang masih trauma dengan kejadian itu.
Sementara itu, isteri suspek yang hanya ingin dikenali sebagai Su berkata, suaminya itu pulang awal ke kampung, manakala dia pulang berasingan bersama anak-anak ekoran cuti sekolah baru bermula.
Su berkata, kali terakhir dia menghubungi suaminya itu kira-kira jam 12 tengah hari kelmarin, sehari sebelum kejadian.
Menurut Su, dalam perbualan telefon, suaminya itu menyatakan perasaan rindunya pada anak-anak dan meminta isterinya itu segera pulang ke kampung mentuanya di Felda Ketengah Jaya.
Su berkata, ketika berada di rumahnya di Balakong, Selangor, tiada perubahan pelik ditunjukkan suaminya itu, cuma bapa kepada tiga anak itu sejak seminggu lalu kerap kali berulang ke masjid, selain tidak meninggalkan solat lima waktu.
Menurut wanita yang berasal dari Machang Kelantan itu, ketika kejadian dia dalam perjalanan pulang menaiki bas ekspres dari Kuala Lumpur ke Dungun dan kejadian itu diketahuinya setelah dihubungi ibu mentuanya.
“Bila saya tengok perubahan dia ke arah itu (kebaikan) saya bersyukur sebab dia semakin dekat dengan tuhan.
“Namun saya terkejut apabila diberitahu ibu mentua, dia melakukan perkara yang tidak masuk akal ini,” katanya yang ditemui di pekarangan Unit Kecemasan Hospital Dungun.
Dua beranak terbabit dihantar ke Hospital Sultanah Nur Zahirah Kuala Terengganu untuk rawatan lanjut.
Mangsa, 67, yang putus kemaluan difahamkan dalam keadaan kritikal. – Sinar

UNTUK SEBUAH KEBAHAGIAAN, PERLUKAN PENGORBANAN....SABAR....


elly
SEBELUM ini penyanyi, Elly Mazlein memberi jawapan yang kurang jelas terhadap status sebenar pertunangannya bersama pengarah drama, Azmi Hatta, 37, yang dikhabarkan telah berakhir.
Kini semuanya terjawab apabila pengarah drama Epilog Cinta Khirana, itu menegaskan mereka masih bersama dan menafikan dakwaan pertunangan mereka telah berakhir.

“Saya masih sayangkan dia dan dan hubungan kami masih sama seperti sebelum ini. Cuma sekarang kami jarang bertemu memandangkan masing-masing sibuk dengan kerjaya tambahan pula saya terpaksa menjalani penggambaran di merata tempat.
“Saya sendiri tidak tahu bagaimana khabar angin yang mengatakan pertunangan kami telah terputus ini mula timbul. Mungkin ia berpunca daripada masa yang kami ambil terlalu lama untuk mendirikan rumah tangga bersama,” jelasnya ketika ditemui pada penggambaran drama Epilog Cinta Khirana bertempat di Seksyen 7, Shah Alam, baru-baru ini.
Pasangan yang berkenalan sejak 2009 itu sepatutnya bernikah pada Februari tahun lalu, namun ia masih lagi tertangguh sehingga sekarang.
“Memang kami merancang untuk berkahwin tapi ia tidaklah semudah yang dibayangkan. Buat masa ini kami sedang berusaha memantapkan diri masing-masing sebelum menempuhi kehidupan berumah tangga yang mungkin lebih besar dugaannya.
“Selain daripada itu, saya juga ada tanggungjawab yang perlu dijalankan terhadap dua orang anak saya. Elly pula ada keluarga. Saya tak mahu abaikan mana-mana pihak termasuk diri Elly”, katanya.
Tambah Azmi, gosip yang tersebar terhadap hubungan pertunangannya itu sedikit sebanyak memberi kesan terhadap dirinya.
“Secara jujurnya, saya memang tidak selesa dengan situasi ini di mana ada pihak yang cuba reka cerita terhadap hubungan kami.
“Sebagai pengarah, saya perlu berhadapan dengan pelbagai pihak dan begitu juga dengan Elly yang sudah tentu terpaksa berhadapan dengan peminatnya,” ujarnya.
Dalam pada itu, Azmi masih enggan memberitahu tarikh yang telah dipilih untuk mengadakan perkahwinan mereka.
“Insya-ALLAH. Tarikhnya saya belum boleh kongsikan lagi tapi ia akan dijalankan dalam masa yang terdekat. Kalau boleh kami mahu tarikh yang dipilih itu masa yang tepat.
“Bukannya mahu terus rahsiakan tentang perkahwinan kami, tapi perkara ini saya perlu berbincang terlebih dahulu dengan Elly,” jawabnya

pasti anda rasa HEBAT