(Sinar Harian 14 Jan 2013)
Saya
tidak kisah sangat jika UMNO bersetuju penggunaan kalimah ALLAH di kalangan non
Muslim, kerana selama ini pun UMNO dituduh sebagai jahil, taughut dan kafir
oleh PAS. Saya amat hairan juga, kenapa PAS tidak mengkafirkan PKR, sedangkan PKR juga tidak mendaulatkan
Islam. Jangan hanya sepakatan, kita tidak berani menegur dan menyembunyikan
kemungkaran yang dilakukan.
Dek
kerana PKR sama-sama menentang UMNO, maka PAS sanggup bekerjasama. Sedangkan
perangai orang PKR sama seperti perangi UMNO. Maaf, saya tidak labelkan semua
orang UMNO sebegitu. Begitu juga PAS.
Melayu
PKR adalah Melayu yang kecewa dengan UMNO, perangainya tetap sama. Bezanya,
hari ini adalah, UMNO mula menyedari kesilapan mereka dan ingin kembali dan
memperbaiki kesilapan masa lalu. Harap-harap begitulah. Sedangkan perangai lama
UMNO dalam PKR tetap sama. PKR juga merebut projek, rasuah, kaki perempuan dan
sebagainya.
Jika
tidak ada PAS yang mengawasi, sudah tentu perangai mereka akan menjadi lebih
buruk lagi. Justeru, saya amat hairan, kenapa PAS sanggup bekerjasama PKR. DAP
usahlah disebut, sebab dari mula hingga kini, terus menentang dan memusuhi
Islam. Cuma PAS sahaja perasaan, dengan kerjasama ini, atas nama dakwah.
Malangnya,
setakat ini, ultra masih lagi tidak lembut-lembut terhadap Islam? Apakah kita masih mahu menggunakan alasan lapok,
pakatan ini masih baru berbanding dengan pakatan dalam UMNO BN sejak merdeka?
Dalam memperkatakan soal kelembutan terhadap, bukan isu baru atau lama.
Persoalan yang perlu difikirkan adalah, mereka ini musuh Islam atau kawan
Islam?
Saya
memuji sangka baik PAS dalam hal ini. Tetapi saya ingin lihat, berapa ramai
orang DAP yang akan diIslamkan oleh PAS melalui kerjasama ini? Apakah PAS dapat
melunak mereka yang anti Islam? Apakah PAS akan berjaya membenteras kemungkaran
anjuran mereka? Kita tunggu dan lihat.
Apapun,
dalam isu kalimah Allah, saya sama sekali tidak dapat menerima. Pendirian PAS
selama ini amat jelas. Pendapat ulamak mereka seperti Harun Din dan Harun Taib,
amat tegas sekali. Harun Din pernah sebak menjelaskan isu ini. Begitulah
sayangnya segelintir ulamak PAS terhadap ALLAH. Tetapi, bukan semua ulamak PAS
bertindak sedemikian. Ada yang menjadi ularmak.
Apa
yang saya lihat, semakin lama PAS berkawan dengan DAP, semakin kuat mereka
menentang Islam, sama ada kalangan generasi tua mahupun generasi muda. Kenapa?
Jawapannya. generasi muda DAP hari ini ramai yang memeluk Kristian, dari
memeluk Islam. Dakyah Kristian lebih kuat semenjak PAS bersama mereka daripada
dakwah Islam yang berlaku. Justeru, PAS perlu kaji kenapa mereka gagal dalam
misi dakwah ini. Bukannya mendabik dada mengatakan, semenjak berkawan dengan
DAP, mereka sudah faham Islam. Jika sudah faham, kenapa mereka begitu kuat
menentang Islam? Di mana silapnya? Apakah masih menyalahkan UMNO BN itu wajar?
Saya
masih teringat azam pemimpin PKR hari ini ketika masih berada dalam UMNO. Dia
masuk UMNO kerana mahu mencuci najis yang berada dalam UMNO. Malangnya, setelah
berada dalam UMNO, dia terus bergelumang dengan najis tersebut. Hari ini, dia
cuba mencuci najis dalam PKR dan DAP, bukti menunjukkan adalah sama. Kenapa?
Kerana mereka adalah orang yang sama, membawa perangai dan nafsu serakah yang
sama.
Saya
amat harap UMNO tidak akan goyah dan tetap pendiriannya berhubung isu kalimah ALLAH.
UMNO akan hancur jika melakukan sesuatu hanya untuk mendapat simpati politik, kuasa dan undi. Jangan biarkan kalimah keramat
ini dinodai. Jika UMNO juga berlembut seperti mereka, maka jelaslah UMNO masih
lagi tidak berubah. UMNO sama juga seperti mereka.
Sejak
dulu lagi saya konsisten, bahawa kalimah Allah adalah milik mutlak umat Islam,
walaupun agama lain juga berhak ke atas penggunaanNya dari segi teologi. Saya
bercakap dalam konteks Malaysia dan cara hidup Melayu, bukan negara lain.
Pertama,
agama Islam dilindungi oleh perlembagaan dan terletak di bawah kuasa raja-raja
Melayu. Saya telah huraikan sebelum ini, tidak perlu diulang.
Kedua,
selama ini kalimah Allah tidak pernah digunakan secara meluas kecuali sedikit sangat
di Sabah dan Sarawak. Di peringkat antarabangsa langsung tidak ada. Jika ada,
sudah tentu dalam filem-filem barat atau bahan bacaan mereka, akan terselit
kalimah ini. Kenapa kita tidak pernah jumpa? Kenapa hari ini ultra kiasu
terlalu beriya-iya? Kajilah agenda tersirat dan tersurat.
Agendanya
tidak lain, mereka mahu jadikan rantau Melayu sebagai syurga Kristian, setelah
mereka gagal di barat. Targetnya hari ini adalah orang Melayu dan bukan Melayu
terutama orang Cina. Kerana mereka tahu, apabila kumpulan ini memeluk Kristian,
mereka lebih Kristian dari Kristian. Lihatlah apa yang berlaku kepada Lina Joey
atau Azlina Jailani. Orang Cina, usahlah dikira. Mereka akan menjadi lebih
ekstrim apabila memeluk Kristian. Saya lontar idea ini kerana saya pernah
menjadi Kristian suatu ketika dahulu.
Ketiga,
kalimah Allah dan orang Melayu Islam sudah sebati. Ibarat isi dengan kuku,
sudah menjadi darah daging, walaupun Melayu itu jahil sekalipun. Sebab itu,
cara kita menggunakan kalimah-kalimah ini berbeza dengan orang lain. Kita
menghormati kalimah ini melalui urutan perkataan atau lenggok bahasa bersopan. Misalnya,
kalimah ALLAH, kita tidak sebut perkataan.
Perkataan menggantikan kalimah. Nabi dan Rasul, kita gunakan perkataan
Baginda. Apabila Baginda wafat, kita tidak guna perkataan mati, meninggal, atau
mangkat. Sehingga kematian Nabi/Rasul dibezakan dengan raja, semata-mata untuk menjaga
kemuliaanNya.
Keempat,
setakat pergaulan saya, orang bukan Islam, jarang kita jumpa boleh menyebut
kalimah Allah dengan betul. Bila menyebut ALLAH, mesti bunyinya menjadi allaa. Jika tidak percaya, suruhlah
ultra kiasu menyebutnya, termasuk pemimpin-pemimpin Kristian yang begitu
bersungguh-sungguh mahu menggunakanNya. Bukti menunjukkan bahawa lidah mereka
tidak biasa dengan sebutan ALLAH. Sebutan ALLAH mereka akan menjadi pelat dan
tidak tepat.
Kelima,
kalimah ALLAH bukan terjemahan kepada makna Tuhan. Tuhan digunakan untuk
mengajar anak-anak mengenal ALLAH. Tetapi ALLAH adalah ALLAH. Terjemahan Tuhan
atau God atau Lord tidak bukan merujuk kepada ALLAH. Tetapi oleh kerana kita
jahil, maka terjemahan Tuhan digunakan. Apapun, Tuhan itu tidak sama dengan
ALLAH. Sebab itu, apabila kita mengucapkan shahadah, “tiada tuhan yang berhak
disembah melainkan ALLAH”. Bukannya, “tiada tuhan yang berhak disembah
melainkan tuhan”.
Keenam,
kenapa bible dalam versi mandarin, tamil dan bahasa Inggeris langsung tidak tertera
kalimah Allah? Kenapa ultra kiasu begitu
bersungguh mahukan bible bahasa Melayu menggunakan kalimah Allah? Cuba lihat bible
dalam bahasa Inggeris, apa yang tertera adalah tiga nama tuhan yang digunakan iaitu god,
yahweh dan Jehovah. Yang mana satu tuhan mereka? Di mana kalimah Allahnya? Saya berani menyatakan bahawa niat jahat
mereka adalah untuk mengelirukan umat Islam supaya jarum mereka masuk.
Banyak
lagi yang ingin saya hujahkan. Kesimpulannya, setiap apa jua perkataan
(kalimah) dalam Islam membawa makna yang amat signifikan. Ia perlu difahami
dalam konteks perlembagaan dan cara hidup penduduk majoriti. Kita tidak boleh menyamakan
lagu atau koir dengan selawat. Selawat tetap selawat walaupun apapun bunyi atau
melodi lagu digunakan untuk menyampaikan selawat. Bayangkan selepas ini semua
semua bukan Islam Islam boleh menggunakan perkataan 99 nama Allah, selawat ke
atas Nabi Isa, iman, taqwa dan sebagainya, apakah orang Melayu yang tipis
imannya tidak akan terpesong? Jika tidak tahu, lebih baik diam.
posted by ridhuan tee.