Nuffnang Ads

Friday, September 21, 2012

ADAM DAN HAWA


Video Promo Adam & Hawa Episod 17 – 20


Ini adalah video drama Adam dan Hawa untuk episod 17 hingga episod 20. Jangan lupa untuk saksikan episod ke 17 hingga 20, Adam & Hawa minggu hadapan, Isnin hingga Khamis, 10 malam, eksklusif di Mustika HD (134). Sedikit preview mengenai episod minggu depan; Kawan-kawan Ain mula mengetahui siapakah Ain yang sebenarnya, namun adakah ini penghalang Johan untuk memikat hati Ain?

BUSY????


Shila Amzah - Set Fire To The Rain - 茜拉 声动亚洲 Asian Wave 20120912

Aku bangga dengan SHILA AMZAH...


=== PENYANYI PAKAI TUDUNG JUGA DIIKTIRAF DUNIA ==
- Shila Amzah Juara Asian Wave, ‘Pukau’ Juri Dan Jutaan Penonton TV China! Shila Amzah berjaya memukau juri dengan membawakan 3 lagu iaitu Gemilang (Jaclyn Victor), Grenade (Bruno Mars) dan sebuah lagu Mandarin.

Sunday, September 16, 2012

ADAKAH IA MEMBERI MAKNA KEPADA ANDA??


Monday, September 10, 2012

Makna sebuah bendera

(Sinar Harian 10.9.12)

Ketika rakyat Malaysia bersemangat patriotik menyambut Hari Merdeka ke 55, kita dikejutkan dengan beberapa insiden yang tidak sepatutnya berlaku. Pertama, insiden Himpunan Janji Bersih, di Dataran Merdeka, 30 Ogos 2012. Kedua, individu yang mempamerkan bendera bagi menggantikan Jalur Gemilang. Ketiga, insiden memijak gambar Perdana Menteri (PM). Keempat, insiden menunjukkan punggung ke atas gambar PM. Kesemua perbuatan tersebut, sengaja dizahirkan untuk menanamkan politik kebencian.

Pada saya, jika terlalu marahpun kepada PM, buatlah pada hari lain. Malah, jika tidak tahan kerana terlalu geram, mereka boleh rebus, bakar, pijak gambar PM di tempat tertutup seperti di rumah, tidak siapa tahu. Kenapa perlu dilakukan untuk mencari publisiti murahan pada hari bersejarah ini? Apa tujuan kita sebenar? Kita sengaja mahu menyakitkan hati dan mencabar kewibawaan PM serta pihak berkuasa. Apabila dikenakan tindakan nanti, maka bercananglah ultra kiasu menunjukkan inilah hero. Wal hal sebenarnya, mereka ini pengkhianat yang tidak sepatutnya tinggal di bumi bertuah.

Maka tidak hairanlah, pemimpin pembangkang, seperti Abdul Kadir Sheikh Fadzil, presiden Ikatan dan Menteri Besar Kelantan, tidak dapat menerima hakikat ini. Kecuali pemimpin ultra kiasu Melayu, yang ghairah untuk ke Putrajaya sahaja berkata bahawa mengibarkan bendera Sang Saka Malaya tidak salah. Saya harap rakyat Malaysia, terutama yang beragama Islam, sedar betapa liciknya pengkhianat ini yang sanggup bersekongkol dengan ultra kiasu untuk menjahamankan negara tercinta ini.

Ada wartawan menyifatkan tindakan ini sebagai memualkan. Pada saya tidak, tetapi sudah  sampai ke peringkat biadab dan kurang ajar. Akal tidak dapat menerima sebagai manusia bertamadun. Kecuali kepada mereka yang suka melakukan perbuatan yang tidak bertamadun. Di negara lain, sudah lama pelaku berkenaan dihumban ke dalam penjara.

Ultra kiasu berhujah dan mencabar polis dengan berkata, sejak bila mengibar bendera selain dari bendera Malaysia satu kesalahan? Tunjukkan peruntukan perlembagaan? Kenapa tarian punggung di rumah Ambiga tidak dikenakan tindakan? Begitu pemijakan gambar ketua ultra kiasu di Pulau Pinang? Sama dengan kes-kes rasuah yang tidak disiasat dan lain-lain lagi. 

Perlu saya tegaskan, insiden ini berbeza dengan isu yang diperkatakan. Saya tidak hairan jika mereka memijak gambar ultra kiasu. Siapalah mereka jika nak dibandingkan dengan Perdana Menteri. Perkataan ‘Perdana’ itu sudah membawa makna begitu besar berbanding nama ultra kiasu yang hanya memimpin sebuah negeri. Begitu juga memimpin Majlis Peguam.

Persoalan saya, kenapa perlu kibarkan bendera sang saka Malaya? Apa kaitan dengan kemerdekaan, sedangkan saban tahun kita mengibarkan jalur gemilang. Bendera tidak pernah melakukan kesalahan kepada manusia. Bendera adalah bendera, lambang kedaulatan sesebuah negara. Maksud jalur gemilang begitu bermakna sekali berbanding sang saka Malaya.

Dalam peperangan, bendera adalah elemen yang utama. Menang atau kalah, benderalah yang menjadi tandanya. Bendera akan diangkat dan dipacak jika mencapai kemenangan. Bendera putih akan dinaikkan jika kalah sebagai tanda menyerah.

Ultra kiasu Cina sudah tentu amat maklum tentang perkara ini kerana dalam sejarah raja China, raja cukup sinonim dengan bendera. Perintah Raja adalah melalui bendera, selain cop mohor. Bila bendera disampaikan, bermakna perintah raja mesti dijalankan. Apabila bendera itu diserahkan kepada panglima, maka bermulalah panggilan perang.

Begitu juga dalam Islam. Mari kita imbau peristiwa perang Muktah (nama kampung di Sham) yang terjadi padaJamadilawwal, 8 hijrah (629 Masihi). Satu peperangan paling amat tragis dan bersejarah, ketika Rasulullah SAW masih hidup. Dalam peperangan ini, tentera Islam seramai 3000 orang berhadapan dengan tentera musuh sejumlah 200,000 orang. Zaid bin Harithah dilantik oleh Baginda sebagai panglima perang. Baginda menitipkan pesan, jika Zaid terbunuh, penggantinya adalah Jaafar bin Abi Talib. Jika Jaafar terbunuh,  penggantinya adalah Abdullah bin Rawahah

Ketika mahu bertolak ke medan perang, Rasulullah SAW menyerahkan bendera kepada Zaid. Berbekalkan semangat jihad, Zaid  memegang bendera dan bertarung hebat sehingga gugur syahid. Lalu, Jaafar datang mengambil bendera, bagi memastikan kesinambungan perjuangan. Bendera tidak boleh tersungkur dalam peperangan kerana bendera adalah pembakar semangat. Jaafar terus bertarung sehingga putus tangan kanannya. Bendera tetap dipegang, beralih ke tangan kirinya.

Malangnya tangan kiri Jaafar juga putus, maka bendera dipeluk erat dengan kedua lengan dan digigit kemas. Ketika Jaafar terbunuh, melalui 90 tusukan lembing dan panah, bendera masih diangkat dan didaulatkan. Sehinggalah seorang tentera Rum mencantas tubuh Jaafar mengakibatkan terbelah dua. Lantas, bendera tadi dipegang oleh Abdullah bin Rawahah yang turut gugur syahid. Kemudian, bendera bertukar tangan kepada Thabit bin Arqam. Seterusnya, Thabit menyerahkan bendera kepada Khalid al-Walid. Khalid menyambar bendera sebagai penerusan sebuah perjuangan di medan jihad.

Dipendekkan cerita, ketangkasan panglima-panglima Islam menyelamatkan bendera yang sama tanpa ditukar telah membakar semangat dan memberi kemenangan kepada Islam dengan izin Allah SWT. Bukanlah bermakna, bendera itu yang menyelamatkan Islam, tetapi bendera sebagai lambang kehebatan dan pembakar semangat mencapai kemenangan dalam peperangan. Begitulah hebatnya nama sebuah bendera.

Namun, bendera bukanlah segala-galanya. Tidak ada gunanya kita terlalu berbangga dengan bendera, mengibarnya di sana sini, tetapi dari segi pengamalan dan kerja seharian, kitalah perasuah, pengkhianat dan sebagainya. Penghormatan terhadap bendera bukan berhenti setakat kibaran, tetapi mesti disertai roh jihad dan perjuangan. Sama juga tidak ada erti bendera ditulis kalimah syahadah seperti bendera Arab Saudi, jika mereka  terus mengikut telunjuk Amerika.

ANTARA 10 LUBANG TERBESAR DI DUNIA???

KEBENARAN YANG TERSIRAT....







Thursday, September 13, 2012

ADAM DAN HAWA

Selama ini aku hanya mendengar orang memuji cerita Adam dan Hawa. Aku tertanya-tanya apa yang hebat sangat cerita ni?

Setelah aku menonton cerita ni online, bermula dengan episod pertama, aku teruskan dengan episod ke 2. Selepas itu aku meneruskan dengan episod seterusnya sehingga episod terkini.

Kini baru ku tahu penangannya ADAM DAN HAWA.......Aku ternanti-nanti episod akan datang...hehehe.

Suka tengok watak adam yang nakal dan romantik dan watak ain yang garang dan manja....

pasti anda rasa HEBAT