Nuffnang Ads

Tuesday, March 26, 2013

Nak bagi anak, berkira...tapi kalau bagi girlfriend???


Rita - Dedah Gaji Aidil Zafuan 50k, Tapi Bayar Nafkah Anak Berkira!


Pelakon Sehangat Asmara, Rita Rudaini mendedahkan kepada pihak mahkamah bahawa suaminya, Aidil Zafuan Abd Razak tidak memberikan nafkah mencukupi kepada dirinya dan dua anak lelaki mereka walaupun berpendapatan lebih RM50,000 sebulan.
 Rita Dedah Aidil Liat Bayar Nafkah Walau Gaji RM50,000 sebulan
Menurut Rita, suaminya itu mampu memberikan nafkah kepadanya kerana mempunyai gaji yang agak lumayan setiap bulan.
“Dia(Aidil) berpendapatan melebihi RM50,000 sebulan berdasarkan kontraknya sebagai pemain bola sepak di Johor Darul Takzim. Malahan dia juga mempunyai kereta Mercedes Benz CLS dan sebuah superbike. Bukankah itu menunjukkan kemewahan hidupnya,” katanya.
Pelakon itu menuntut RM5,392 sebulan untuk nafkah dua anak merangkumi perbelanjaan makan minum, pengasuh dan lampin pakai buang manakala untuk dirinya sendiri, dia menuntut RM7,400 sebulan termasuk perbelanjaan diri, bil dan rumah.
Jelasnya lagi, Aidil hanya akan mengirimkan wang sekali sekala dan kebiasaannya wang tersebut akan dikirimkan apabila menghampiri waktu perbicaraan mahkamah antara mereka berdua.

Share this post :

Seksi ker???


Saya Seksi Pun Salah Ke?- Che Ta


                                       

SEJAK mengakui hubungan cintanya bersama aktor kacak, Zain Saidin, aktres jelita ini dihujani pelbagai kontroversi.

Selain dikritik kerana penampilannya yang semakin seksi, Rozita Che Wan atau lebih mesra disapa Che Ta ini turut ‘dihentam’ kerana aksi mesra bersama kekasihnya itu.

Menerusi Zass, Che Ta berkata, dia enggan mengambil pusing kritikan itu, bahkan meminta agar masyarakat jangan terlalu menjaga ‘tepi kainnya’.

Bagaimanapun, kenyataan ibu kepada dua anak itu, mendapat teguran, Naib Presiden Jemaah Islah Malaysia (JIM), Dr Harlina Halizah Siraj, atau lebih dikenali sebagai Dr Har.

Beliau tidak setuju dengan cara aktres seksi itu dan menyifatkan masyarakat ada hak untuk mengambil tahu dan memberi teguran sesama insan.

Pun begitu, Che Ta masih berpegang teguh pada pendiriannya dan enggan mengambil pusing mengenai segala cemuhan serta kritikan pihak lain.

“Saya pun tak fahamlah dengan mereka ni. Apa sahaja yang saya buat, serba tak kena. Saya tak tahu langsung mengenai teguran itu dan malas nak ambil tahu.

“Saya sudah malas nak kata apa. Kebebasan berpakaian adalah hak masing-masing. Suka hati lah nak cakap apa pun.

“Suka hatilah nak cakap apa pun, saya tak kisah!,” katanya dalam nada yang tegas.

Sementara itu, Zain turut bertindak menutup akaun Instagramnya bagi mengelak kontroversi ini dari terus berlanjutan.

Lali kontroversi

Walaupun berhadapan pelbagai kontroversi, namun akui Che Ta, ia tidak menjejaskan hubungan cintanya bersama Zain.

Malah, Che Ta mengakui dirinya sudah lali dengan gosip seumpama itu dan enggan menjadikannya sebagai isu besar.

“Saya dah letih nak layan semua ni. Sebelum ni pun, ada juga kisah-kisah saya dimanipulasikan pihak-pihak tertentu.

“Pun begitu, ia tidak mengganggu perjalanan hubungan kami. Insya-ALLAH, bila tiba masanya nanti, saya akan umum tarikh itu,” katanya ketika ditanya mengenai tarikh perkahwinan bersama Zain.

Itulah Rozita: Zain

Akui terkilan dengan situasi yang menimpa kekasihnya, Zain berkata, niatnya untuk mempamerkan tahap keseriusan hubungan mereka banyak disalah ertikan segelintir pihak.

Malah, kata Zain, dia tidak menyangka gambar seksi Rozita bersamanya yang dimuat naik di laman Instagram mengundang kontroversi serta turut mencalarkan imej kekasih hatinya itu.

“Saya tak kisah apa pandangan orang mengenainya kerana Rozita yang saya kenal memang macam tu. Itulah Rozita.

“Dia memang seksi dari dulu lagi dan saya tak pasti semua orang tahu mengenai perkara itu atau tidak.

“Saya tahu, ada segelintir pihak tidak suka kami bersama. Namun siapa saya untuk menolak ketentuan jika jodoh saya bersama dia?,” kata Zain yang turut mengakui bakal membuat persiapan kahwin selepas sambutan Aidilfitri nanti.  – SinarHarian

Friday, March 22, 2013

MENGAPA?? MENGAPA?????


Ada 'tangan' di sebalik pencerobohan Lahad Datu,pengakuan seorang dari tahanan.

Seorang daripada tertuduh yang didakwa menjadi anggota pengganas yang menceroboh Sabah semalam memberitahu Mahkamah Tinggi di sini bahawa dia disuruh dan diupah oleh seseorang yang tidak dinamakannya.

 Hooland Kalbi yang bercakap dalam bahasa Bajau dari kandang tertuduh mendedahkan demikian pada prosiding pendakwaan terhadap lapan individu yang didakwa menjadi anggota kumpulan pengganas, dua daripadanya turut dituduh melancarkan perang terhadap Yang di-Pertuan Agong.

 Kenyataan Hooland di hadapan Hakim Ravinthran diterjemah oleh jurubahasa mahkamah. Hooland turut menyatakan bahawa dia bodoh kerana melakukannya. Sejurus kenyataan Hooland diterjemah, Hakim Ravinthran meminta jurubahasa menjelaskan kepada tertuduh bahawa dia tidak perlu berkata demikian dan segala pengakuan akan dibuat selepas diwakili peguam pada 12 April nanti.

 Ketika prosiding, Hakim Ravinthran memberi peluang kepada setiap tertuduh untuk memberitahu mahkamah berhubung pertuduhan ke atas mereka dan jurubahasa perlu menjelaskan beban hukuman bagi setiap kesalahan.

 Tertuduh juga diterangkan tentang pembelaan mereka yang perlu diwakili peguam kerana tuduhan ke atas mereka membabitkan hukuman berat iaitu gantung dan penjara seumur hidup, jika sabit kesalahan. Lapan warga Filipina didakwa di Mahkamah Tinggi di sini semalam dan dua daripadanya bakal berdepan hukuman mati kerana dituduh melancarkan perang terhadap Yang di-Pertuan Agong.

 Dua tertuduh itu bersama empat yang lain turut didakwa menjadi anggota kumpulan pengganas manakala dua lagi didakwa cuba melindungi pengganas. Ini merupakan kali kedua tuduhan melancarkan perang terhadap Yang di-Pertuan Agung dikenakan di negara ini selepas insiden kumpulan pemberontak Al Maunah di Bukit Jenalik Sauk, Perak pada tahun 2000.

 Sementara itu Timhar Hadir, yang juga didakwa atas kesalahan sama (menjadi anggota pengganas) memberitahu bahawa dia datang ke Malaysia pada Febuari lepas menggunakan pasport antarabangsa. Bagaimanapun Hakim Ravinthran meminta dia tidak menyatakan selanjutnya sebelum berbincang dengan pihak peguam.

 Seorang lagi tertuduh yang menghadapi tuduhan sama, Habil Suhaili merupakan tertuduh yang mengambil masa agak lama untuk memahami pertuduhan. Dia yang kelihatan berusia lebih daripada 60 tahun tidak dipakaikan 'straight jacket' seperti tertuduh lain dan jurubahasa membacakan pertuduhan berulang kali dalam bahasa Suluk.

 Habil sempat menyatakan bahawa dia tidak melakukannya namun hakim menjelaskan pengakuan itu tidak akan direkod. Tertuduh pertama Atik Hussin Abu Bakar yang didakwa atas tuduhan melancarkan perang dan menjadi anggota pengganas hanya memohon penjelasan hukuman yang akan dihadapinya. Atik Hussin yang berbahasa Bajau kelihatan bersahaja seperti tertuduh lain.

 Empat tertuduh lagi, Lin Mad Salleh, Basad Manuel, Kadir Uyung dan Lating Tiong hanya menyatakan 'nothing to say' (tiada apa yang hendak dicakapkan). Basad menghadapi dua pertuduhan yang sama seperti Atik Hussin manakala Lin hanya didakwa menjadi anggota pengganas dan Kadir serta Lating menghadapi tuduhan melindungi kumpulan pengganas.

 Kesemua terduduh hanya menundukkan kepala ketika berada di kerusi sebelum dibawa ke kandang tertuduh untuk dibaca pertuduhan. Kesemua mereka tidak dibenarkan jamin. Sementara itu, wartawan dan jurugambar yang membuat liputan di Mahkamah Tinggi Tawau dikawal ketat oleh anggota polis lengkap bersenjata dan hanya seorang wartawan daripada setiap organisasi yang dibenar masuk.

 Kesemua wartawan yang dibenar memasuki mahkamah pada pukul 9 pagi hanya dibolehkan membawa buku nota dan pen manakala semua alat komunikasi dan peralatan lain tidak dibenarkan. Tiada wartawan asing hadir membuat liputan prosiding semalam. Lapan tertuduh yang ditutup bahagian kepala dibawa menaiki lori polis kira-kira 10.10 pagi. -

kredit to utaranews.

KISAH SEBENAR TANGKAL DAN SIHIR TENTERA SULU DI LAHAD DATU.




Jika bukan ilmu hitam atau sihir, apa lagi mahu kita katakan kepada misteri akan kisah yang menyelubungi ramai anggota tentera kita di Lahad Datu. Setan Kiram bisa angguk-angguk kalau kita bilang, celaka apa yang sering terbang saat anggota tentera kita buat rondaan diatas tanah, sedang dicelah2 dahan dedaun sawit banyaknya 'kera-kera' melompat-lompat dan berterbangan ?

Gila sungguh kerabat pengganas ini. Coba kalian bayangkan...anggota kita meronda dibawah..mereka mampu terbang dan bergerak pantas di celah-celah ranting pokok. Malah tembakan yang di hambur kan bertalu-talu, tidak sedikit pun mengoyah lutkan tubuh anggota pemakan sihir itu. 

Dari apa yang dikisahkan oleh seorang pegawai yang ditugaskan di sana, fikir saja tentang bagaimana sekotak magazin pelurunya habis dihambur..satu pun tak memberi kesan.., lalu jalan akhir.dia yang mempunyai sedikit ilmu itu terus membenamkan peluru ke tanah, sebelum membaca beberapa ayat daripada surah al Quran....kesan terus, peluru itulah yang pantas terus menembusi tubuh pengganas Sulu yang menceroboh Lahad Datu, lantas akhirnya tumbang menyembah bumi dan mukanya terus jadi hitam seperti dibakar api. ~ Wak Albanjari.

Militan Sulu mungkin guna ilmu sihir

Sinar Harian | March 17, 2013
Desas-desus tentang penggunaan ilmu hitam atau sihir oleh militan Sulu mungkin ada kebenarannya. Perkara ini diakui Pengasas Pusat Rawatan Islam At-Tobibi, Shamsuri Shafie tidak menolak kemungkinan wujudnya amalan sihir di sebalik konflik melanda negara lebih sebulan lalu itu.

“Memang maklumat dari sumber yang boleh dipercayai mengatakan sihir dan ilmu hitam adalah amalan mereka untuk mempertahankan diri dan menjadi kebal.

“Malah saya difahamkan ada dalam amalan yang memerlukan mereka berendam semalaman dengan bacaan mantera tertentu mungkin untuk mendapatkan kekebalan dan menyebabkan tentera kita tidak nampak kewujudan mereka,” katanya kepada Sinar Harian.

Tidak menafikan setiap kejadian berlaku dengan izin Allah, Shamsuri yang juga pengamal perubatan Islam berkata, amalan sihir sememangnya wujud walaupun mempercayainya adalah syirik.

Menurutnya, militan Sulu sedar mereka kekurangan dari segi kelengkapan kerana itu mencari kekuatan lain untuk mempertahankan diri, menyebabkan mereka memilih mengamalkan sihir dan ilmu hitam bagi mendapatkan kekebalan diri.

Menasihatkan agar tentera negara di perbatasan sentiasa mengingati Allah dan tidak leka, Shamsuri berkata, amalan- amalan sihir ini mampu ditundukkan dengan ayat-ayat suci al-Quran.

“Kita nak berperang kena ingat Allah, sesungguhnya Allah sentiasa bersama kita. Baca doa, atau ayat- ayat tertentu misalnya, al-Fatihah dan ayat Kursi supaya kita sentiasa berada dalam keadaan benar dan tidak lalai,” katanya.
KREDIT TO MPP. 

pasti anda rasa HEBAT